Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
EKONOMI

ARKIB : 11/02/2007
Dividen Tabung Haji meningkat, tapi tidak terlalu tinggi

Dividen Tabung Haji meningkat, tapi tidak terlalu tinggi

KUALA TERENGGANU 10 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin mengesahkan Tabung Haji (TH) akan membayar dividen lebih tinggi kepada lebih lima juta pendepositnya bagi tahun kewangan 2006 berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun tambahnya, pembayaran dividen itu tidaklah terlalu tinggi sebagaimana diramalkan oleh para penganalisis pasaran.

Mingguan Malaysia difahamkan ia mungkin 4.6 peratus, bukan 4.9 seperti yang diramalkan sebelum ini.

‘‘Sudah pasti dividen TH bagi tahun 2006 lebih tinggi berbanding pada tahun sebelumnya.

‘‘Mana boleh ia lebih rendah, tunggu saya isytiharkan dividen itu Selasa ini,” katanya dengan nada optimis kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan Utusan Malaysia kelmarin yang menjangka TH akan membayar dividen sebanyak 4.9 peratus kepada pendepositnya bagi 2006 berbanding 4.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, Abdullah memberitahu, tidak ada sebab kenapa pembayaran dividen bagi tahun 2006 lebih rendah kerana TH memperoleh banyak keuntungan menerusi urusniaganya.

Pada tahun 2001, TH membayar dividen terendah iaitu sebanyak 3.25 peratus sebelum meningkat kepada 3.5 peratus pada tahun 2002, empat peratus pada tahun 2003 dan 4.3 peratus pada tahun berikutnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN