VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 04/02/2007

Tubuh pusat latihan beruk petik kelapa

BACHOK 3 Feb. – Kerajaan negeri atau Persekutuan digesa menubuhkan satu pusat khusus untuk melatih beruk memetik buah kelapa sebagai usaha menyelamatkan beratus ribu hektar ladang kelapa di Kelantan daripada menjadi terbiar akibat tiada tenaga manusia yang mampu memetik buahnya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat Datuk Dr. Ilias Hussain berkata, pemilik beruk yang sudah berpengalaman mengenainya boleh diambil sebagai jurulatih, dengan memberi mereka elaun khas.

“Tanpa usaha ke arah itu, lebih banyak lagi ladang kelapa dikhuatiri tinggal terbiar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Beruk Memetik Buah Kelapa di Kampung Kual, Gunong, dekat sini, hari ini.

Dr. Ilias berkata, beruk biasanya mampu memanjat dan memetik buah kelapa walaupun setinggi 20 meter yang tidak mampu dilakukan oleh tenaga manusia sekarang terutama generasi muda.

Katanya, ini bermakna sekiranya tiada beruk yang terlatih di setiap kampung terutama kampung tradisional, kemungkinan pemilik kebun kelapa dan petani yang tinggal di pesisiran pantai Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, akan hilang sumber pendapatan daripada hasil buah kelapa.

– Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.