VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 23/01/2007

Luahan hati Sheila Rusly dan Raja Azura


SHEILA RUSLY.


DUNIA seni hiburan tanah air tidak pernah sunyi daripada cerita artis bermasam muka sesama sendiri. Barangkali pembaca tidak mengetahui banyak cerita artis yang ‘kurang mesra’ tersimpan dalam kocek wartawan.

Seperti kisah hubungan dingin antara Sheila Rusly dan Raja Azura yang pernah dikatakan bergaduh tiga tahun lalu.

Semuanya gara-gara apabila dramatis terkenal itu menggantikan Raja Azura buat sementara waktu sebagai hos Melodi (terbitan TV3) ketika pelakon yang mesra dipanggil Kak Engku sedang cuti bersalin.

Kisah itu kemudiannya senyap namun tidak dinafikan, selepas itu hubungan mereka tidaklah semesra mana.

Tiba-tiba mereka dikatakan ‘berperang’ semula apabila Melodi siaran minggu lalu memaparkan temu ramah Raja Azura yang ‘dijolok’ dengan soalan-soalan panas mengenai perang dingin yang berlaku antara mereka berdua.

Pelbagai spekulasi timbul apabila Raja Azura mengeluarkan kenyataan tentang hubungannya dengan Sheila yang antara lain berbunyi: “Saya kenal dia, dia pun kenal saya. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.”

Apa maksud Raja Azura apabila memberikan jawapan begitu? Dan apa pula komen Sheila terhadap kenyataan tersebut?

MEGA cuba menemukan mereka berdua dalam satu sesi fotografi tetapi menemui jalan buntu apabila Raja Azura menolak pertemuan itu kerana komitmen kerja.

Tanpa ingin menyebelahi mana-mana pihak, MEGA memberi peluang kepada mereka menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

MEGA: Apa komen Sheila tentang kenyataan Raja Azura dalam Melodi?

Sheila: Saya memang terkejut. Ingatkan benda ini tidak akan berpanjangan. Tapi bila dia mengeluarkan kenyataan dalam Melodi yang bagi saya berunsur fitnah, perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Sebab saya ada keluarga, ibu bapa dan ibu bapa mertua di mana hati mereka saya perlu jaga. Cerita negatif tentang saya akan memberi kesan kepada anak-anak saya. Saya rasa dia juga sebagai ibu tentu tidak mahu anak-anaknya terbaca atau tahu tentang keburukan dirinya. Samalah macam saya.

Secara jujurnya, bagaimanakah hubungan Sheila dan Raja Azura hari ini? Dengar cerita hanya lakonan apabila bertemu dan bersalaman?

Sheila: Pada mulanya, tiada apa-apa yang terjadi antara kami kerana sudah lama dalam industri. Tapi tiba-tiba dia agak dingin membuatkan saya tertanya-tanya sampai sekarang kenapa dia bersikap begitu. Bila tanya orang yang tahu hal kami, antara punca-puncanya ‘itulah’. Dan sampai sekarang hubungan kami masih dingin.

Program Melodi?

Sheila: Melodi yang saya buat untuk tiga bulan sahaja (ketawa). Saya ingat lagi ketika dipanggil untuk uji bakat, kami tengah berlakon bersama drama Wakaf. Sebagai kawan, saya beritahu dia tentang uji bakat itu. Dia kata pergilah, mana tahu ada rezeki. Tapi bila dia tidak lagi buat Melodi selepas itu, jangan pula tuduh saya puncanya. Saya pun tidak ada ikatan kontrak ketika itu. Cuma menggantikan dia ketika dalam pantang.

Sheila pergi uji bakat atau dipanggil untuk uji bakat?

Sheila: TV3 yang panggil untuk uji bakat. Sebab saya pergi pun kerana sebagai pelakon saya perlu ada platform lain untuk mencari kelainan. Tidak ada niat hendak bersaing dengan sesiapa. Namun hanya kerana tiga bulan itu, saya putus persahabatan dengan seorang kawan.

Betulkah cerita Sheila dan seorang personaliti TV3 berkomplot sehingga Raja Azura tidak lagi menjadi pengacara Melodi?

Sheila: Astagfirullahalazim. Kalau pun saya berkomplot dengan sesiapa sahaja, ada ke orang TV3 hendak mendengar cakap saya. Saya dan personaliti TV3 itu bekerjasama dalam program Apa-Apa Aje sudah tiga tahun. Hubungan kami okey dan dia tidak pernah bercerita buruk tentang Raja Azura.

Sejak ada produksi sendiri, timbul pula cakap-cakap Sheila suka mengampu orang kuat stesen-stesen TV untuk mendapat slot drama?

Sheila: Kalau saya kaki bodek, saya tidak pun dapat slot Samarinda. Telemovie saya pula berapa sahaja yang keluar dalam setahun. Di TV3, tidak ada istilah bodek. Semua penerbit terpaksa melalui prosedur sama. Ada sinopsis saya yang ditolak. Namun saya tidak pernah bercerita dengan orang. Saya jenis yang percaya dengan kualiti kerja dan bukannya kuasa bodek. Kalau kita mementingkan kualiti kerja, tidak ada sebab stesen TV akan menolaknya.

Apa cerita sebenarnya kejadian pada satu persembahan pentas di Terengganu? Sheila mengacara set A dan Raja Azura pada set B tetapi berebut artis popular untuk dihimpunkan dalam set masing-masing. Malah khabarnya Raja Azura meninggalkan acara sebelum setnya berakhir?

Sheila: Benda ini tidak perlulah diperbesarkan kerana melibatkan ramai pihak. Saya tidak mahu mengguris hati sesiapa. Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan diri. Saya jenis manusia yang senang memaafkan orang dan melupakan peristiwa yang berlaku.

Kenapa sejak bergelar pelakon wanita komedi popular tiga tahun lalu, macam-macam benda negatif yang menimpa Sheila?

Sheila: Saya tidak rasa Sheila Rusly popular. Namun ini mungkin dugaan Tuhan kerana Dia sudah memberi rezeki yang melimpah. Jika tidak ada dugaan-dugaan ini mungkin saya hanyut dengan kesenangan. Inilah harga yang perlu saya bayar apabila bergelar seorang artis. Yang penting, saya perlu kuat menghadapi dugaan ini.

Dulu kontroversi Sheila dengan Norlia Ghani tentang isu skirt pendek dan kini dengan Raja Azura.

Sheila: Saya tidak pernah menganggap mereka berdua sebagai musuh. Saya masih hormat mama Norlia dan Raja Azura. Tapi kalau mereka menganggap saya sebagai musuh mereka, apalah daya saya.

Betulkah Sheila Rusly mulut jahat dan plastik (berpura-pura). Depan wartawan dan peminat mesra tetapi di belakang suka mengata?

Sheila: Ini satu lagi tuduhan kerana kalau kita tidak kenal orang itu, kita tidak akan jatuh cinta. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kalau kita bersikap jujur atau pura-pura. Kalaulah saya jahat sangat, kenapa ramai yang ingin bekerja dengan saya. Saya tidak suka mengangkat diri saya kerana saya percaya kalau kita mengaibkan orang, hidup kita akan haru biru.

Sheila juga dikatakan gemar mencuri idea rakan sendiri ketika latihan dan digunakan di TV supaya nampak hebat? Betulkah?

Sheila: Saya tidak pernah buat emcee job dua orang. Saya cuma berganding dengan Shamsul Ghau Ghau dalam Apa-Apa Aje. Saya pernah buat dengan Azlee Senario dan bila dia tidak ada lagi, bukan masalah saya. Itu antara dia dengan TV3 kerana dia mempunyai komitmen dengan Senario. Dengan Shamsul pula, dah nak masuk musim kedua. Saya dan Shamsul dapat skrip pukul 8.30 pagi sebelum muncul di TV pukul 10.00 pagi. Kami hanya reherseal lima minit sebelum live. Itu pun camera reherseal.

Kenapa menolak apabila MEGA ingin menggandingkan Raja Azura sebagai muka depan?

Sheila: Saya tidak pernah menolak. Malah mengalu-alukan idea itu. Saya memang suka. Lagi baik kalau mama Norlia di tengah. Saya dan Raja Azura jadi pengapit mama Norlia.

Sejak tiga tahun berperang dingin dengan Raja Azura dan Norlia Ghani, difahamkan Sheila tidak pernah berlakon bersama mereka. Tidakkah ini merugikan industri tempatan?

Sheila: Saya boleh berlakon dengan sesiapa sahaja. Malah saya mengagumi bakat hebat mama Norlia dan Raja Azura. Tapi kalau orang tidak sudi, nak buat macam mana.

Akhir sekali, apakah ada sinar damai dalam perang dingin Sheila dengan Raja Azura dan Norlia Ghani?

Sheila: Hari Raya dah tiga kali berlalu. Sinar itu memang sentiasa ada dalam diri saya. Saya memang ingin sangat hendak bersemuka dengan Raja Azura. Begitu juga dengan mama Norlia. Saya hendak tahu apa cerita sebenarnya di sebalik perang dingin kami.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.