ARKIB : 18/01/2007
Membina negara bangsa
PEMBINAAN Negara Bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.
Kementerian Pelajaran (KPM) merasakan aktiviti pendidikan mesti memberi keutamaan kepada usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat yang boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.
Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara ‘glokal’ yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.
KPM yang menyokong hasrat mewujudkan bangsa Malaysia, bertanggungjawab memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara.
Matlamat KPM di bawah PIPP kini ialah melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik.
Sehubungan itu, fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagi asas perpaduan dan bahasa ilmu serta memantapkan perpaduan dan integrasi nasional.
Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan.
Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan kepada beberapa fokus dan strategi pelaksanaan.
Antaranya, menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan serta mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.
Sementara itu, bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, KPM akan berusaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.
Selain itu, KPM juga akan memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional serta memperingatkan aktiviti RIMUP.
Kementerian itu juga akan menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui membina kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta membudayakan penggunaan tulisan Jawi.
Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, KPM akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari.
19 murid Orang Asli sertai perkhemahan
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









