VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 13/12/2006

Jalur lebar di mana kedudukan kita ketika ini?

PELAN Jalur Lebar Nasional (NBP) yang diperkenalkan pada akhir tahun 2004 antara lain bertujuan untuk meningkatkan penyediaan infrastruktur Internet berkapasiti tinggi di negara ini.

Tumpuan utama pelan tersebut adalah untuk mewujudkan paras kritikal dengan kadar isi rumah yang mempunyai jalur lebar sebanyak 23 peratus pada tahun ini dan sebanyak 50 peratus pada 2008.

Kementerian yang bertanggungjawab terhadap pelan pembangunan jalur lebar itu, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), mengakui bahawa sehingga akhir tahun 2005 kadar penembusan jalur lebar isi rumah adalah sebanyak 8.5 peratus.

KTAK selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap penggunaan perkhidmatan jalur lebar yang lebih meluas sentiasa berusaha untuk menggalakkan penggunaan teknologi itu menerusi penyediaan pakej inovatif dan tarif yang kompetitif.

Kekurangan

Teknologi inovatif atau jalur lebar tanpa wayar dan jalur lebar atas talian elektrik yang dapat menyediakan sambungan alternatif untuk perniagaan dan kawasan kediaman yang kekurangan talian telefon akan dipertimbangkan.

Menurut KTAK, nisbah langganan telefon selular dalam negara dijangka meningkat kepada 85 orang bagi setiap 100 penduduk pada 2010 berbanding 74.1 tahun lalu yang dirangsang oleh faktor kemampuan dan perubahan gaya hidup.

Bagi meningkatkan liputan komunikasi mudah alih dan saling boleh kendali, rangkaian infrastruktur Generasi Ketiga (3G) akan diperluaskan secara berperingkat dari segi kesediaan perkhidmatan, liputan dan aplikasi yang inovatif serta berkualiti.

Di bawah pelan itu juga, KTAK berusaha untuk memberi tumpuan kepada dua inisiatif utama iaitu penglibatan kerajaan bagi menghubungkan komuniti terpilih untuk menggalakkan permintaan Internet dan kedua adalah penglibatan sektor swasta bagi menawarkan perkhidmatan Internet.

Bagi mengukuhkan dua usaha itu antara tindakan yang sedang diambil oleh kementerian ialah dengan meminda Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

Dengan pindaan itu ia membolehkan penyediaan infrastruktur jalur lebar dibiayai oleh dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat.

Melalui pindaan itu juga penyediaan infrastruktur jalur lebar di kawasan luar bandar akan dapat dilaksanakan dengan segera.

Tetapi itu hanya indah khabar dari rupa, kerana hasrat KTAK untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di negara ini dilihat tidak tercapai akibat kegagalan pemegang lesen sambungan akhir membantu kerajaan merealisasikan hasrat itu.

Pada 25 Ogos lalu menteri yang bertanggungjawab terhadap KTAK telah memberi amaran untuk menarik balik lesen daripada pemegang lesen sambungan akhir yang dilihat gagal untuk membantu meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, kini terdapat 12 syarikat yang dianugerahkan lesen sambungan akhir tiga tahun lalu tetapi ada antara mereka gagal membantu kerajaan mencapai objektif yang dirancang.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diberi tanggungjawab untuk mengkaji semula semua pencapaian pemegang lesen itu dan kementerian akan membuat keputusan selepas dicadangkan oleh SKMM.

Persoalannya kini, kenapa di saat-saat negara sedang menuju pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), masih ada syarikat-syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menjayakan misi nasional itu gagal merealisasikan hasrat murni kerajaan itu.

Menurut Keng Yaik, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia tidak boleh semata-mata hanya bergantung kepada Telekom Malaysia untuk sambungan akhir (last mile) di seluruh pelosok negara dan disebabkan faktor itu maka kerajaan memutuskan untuk memberi lesen kepada syarikat lain.

Katanya, ketika lesen dikeluarkan begitu banyak syarikat yang memohon dengan disertakan pelan perniagaan cukup baik, tetapi selepas beberapa tahun diberikan lesen mereka gagal memenuhi syarat lesen.

Disebabkan kegagalan memenuhi syarat yang diberikan maka kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemegang lesen yang gagal mematuhi syarat kerana telah terbukti pemegang lesen gagal membantu usaha dan perancangan kementerian selama ini.

Ini kerana KTAK telah menetapkan bahawa perkhidmatan jalur lebar itu disasarkan 13 peratus daripada jumlah penduduk pada tahun 2010 berbanding 1.9 peratus pada masa kini.

Kegagalan sokongan dari syarikat swasta untuk merealisasikan hasrat itu akan merosakkan perancangan kerajaan untuk mencapai 1.3 juta pelanggan jalur lebar menjelang akhir tahun ini.

Namun angka tersebut dapat dicapai jika pembekal-pembekal perkhidmatan komunikasi mampu menyediakan perkhidmatan jalur lebar pada harga kompetitif dan kelajuan lebih tinggi.

Sebenarnya pelanggan tidak memerlukan kelajuan yang tinggi untuk menggunakan perkhidmatan jalur lebar cukup dengan minimum dua megabait setiap pengguna dan itu adalah berpatutan ketika ini.

Berbalik kepada kegagalan penyedia perkhidmatan menyediakan kemudahan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia, sebenarnya ia tidak boleh dipikul dan bergantung kepada Telekom Malaysia untuk sambungan akhir di seluruh pelosok negara.

Kerana mahu mengurangkan beban yang ditanggung oleh Telekom itulah maka kerajaan memutuskan untuk mengeluarkan lesen penyedia perkhidmatan kepada pihak ketiga tetapi apa yang diterima ketika ini amat mendukacitakan.

Malah Keng Yaik pernah membayangkan bahawa jika syarikat yang dianugerahkan lesen penyedia sambungan akhir gagal membawa misi kerajaan maka perancangan yang uar-uarkan selama ini akan terbantut.

Tegasnya, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemegang lesen yang gagal mematuhi syarat kerana telah terbukti pemegang lesen gagal membantu usaha dan perancangan kementerian selama ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.