VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/12/2006

JPNS diarah batal Sekolah Rancangan Khas

PUTRAJAYA 30 Nov. – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) diarah menarik balik serta-merta surat pekeliling berhubung penubuhan Sekolah Rancangan Khas (SRK) bagi pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2006, yang gagal memasuki sekolah asrama penuh.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan menarik balik surat pekeliling itu diambil kerana penubuhan sekolah tersebut bukan keputusan kementerian.

‘‘Kementerian mahu surat pekeliling mengenai SRK yang dikeluarkan oleh JPN Negeri Sembilan ditarik balik kerana ia bukan keputusan kita, selain syarat-syarat yang dikemukakan untuk calon lulusan UPSR bercanggah dengan dasar yang ditetapkan.

‘‘Saya tidak tahu di mana silapnya berlaku perkara ini tetapi surat pekeliling itu sebenarnya telah menyalahi polisi kementerian dan sebab itu ia mesti ditarik balik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di sini hari ini.

Minggu lalu, JPN Negeri Sembilan telah mengeluarkan surat pekeliling untuk menjadikan tiga sekolah menengah di negeri itu sebagai SRK untuk pelajar cemerlang UPSR tahun ini yang tidak mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

Sekolah tersebut memperuntukkan 90 peratus tempat untuk pelajar bumiputera yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2006, manakala 7A untuk pelajar bukan bumiputera.

Bantahan

Syarat dan peratus tempat di SRK berdasarkan surat pekeliling yang dianggap tidak adil itu menimbulkan bantahan daripada MCA apabila Presidennya, Datuk Seri Ong Ka Ting telah mengemukakan memorandum kepada Hishammuddin.

Kementerian Pelajaran sebelum ini hanya memperkenalkan Kelas Rancangan Khas (KRK) di beberapa sekolah terpilih di seluruh negara sebagai alternatif untuk membolehkan pelajar cemerlang itu menikmati kemudahan pembelajaran yang selesa.

Bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh tahun depan, 93,000 permohonan diterima dan daripada jumlah tersebut hampir 23,000 pemohon meraih 5A dalam UPSR tahun ini, sedangkan sekolah itu hanya mampu menyediakan 6,100 tempat sahaja.

Sambil menyifatkan tindakan JPN Negeri Sembilan tersebut sebagai ‘aneh dan janggal’, Hishammuddin berkata, perkara itu boleh menjejaskan usaha kementerian memperkasakan sekolah kebangsaan dan integrasi kaum melalui pendidikan.

‘‘Keputusan ini agak janggal ketika usaha kementerian untuk menarik kaum bukan bumiputera memasuki sekolah kebangsaan, ada pula syarat-syarat yang menyekat hasrat kita untuk menerima pelajar bukan bumiputera

‘‘Sekiranya ada pekeliling yang dikeluarkan oleh mana-mana JPN yang bercanggah dengan hasrat kementerian untuk memupuk integrasi nasional maka saya sebagai menteri tidak teragak-agak mengarahkan ia ditarik balik,” tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.