VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
LAPORAN KHAS

ARKIB : 27/11/2006

Pusat Lelongan Haiwan Ternakan dapat sambutan hangat


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melawat pameran MAHA di Serdang, semalam. – Gambar Ahmad Zakki Jilan.


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pusat lelongan lembu dan kambing menjadi tumpuan pengunjung dan pembida haiwan ternakan hari ini ekoran seekor kambing baka ‘Jamnapari’ berjaya dilelong pada harga RM11,000 malam semalam.

Jumlah itu merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak lelongan itu dibuka kepada orang ramai pada pertengahan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2006.

Pada pameran MAHA lalu, aktiviti lelongan dibuat di saat-saat akhir pameran itu berlangsung.

Penyelaras tapak jualan dan lelongan haiwan ternakan, Dr. Arman Kison berkata, pusat lelongan hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan baik dari pengunjung, penternak serta pembida.

“Sehingga hari ini, pusat lelongan ini menjadi tumpuan orang ramai serta 28 pembida yang ingin membeli kambing serta lembu pada harga lelongan.

“Tambahan itu, kita juga mendapat penyertaan daripada enam buah syarikat penternakan serta individu yang menawarkan baka-baka kambing dan lembu yang bermutu tinggi untuk dilelong.

“Ini kerana, sehingga semalam kita melelong sebanyak 400 ekor ternakan itu dan kita telah berjaya melelongkan seekor kambing Jamnapari pada harga tawaran sebanyak RM11,000 dan harga itu menyamai dengan harga seekor lembu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

MAHA 2006 merupakan salah satu pameran terbesar yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Suruhanjaya Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Selain itu, pameran itu merupakan satu platform bagi mengetengahkan hasil produk dan meluaskan pasaran produk-produk pertanian tempatan.

Dalam pada itu, Dr. Arman yang juga Pegawai Veterinar itu berharap kepada mereka yang berminat boleh mendapatkan baka ternakan bermutu tinggi di pusat lelongan sepanjang pameran ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.