VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 09/11/2006

Razak Baginda direman -- Bantu siasatan kes pembunuhan kejam model warga Mongolia


ABDUL Razak Abdullah Baginda (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam sambil ditemani oleh dua peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kiri) dan M. Puravelan selepas perintah reman dikeluarkan terhadapnya bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia dua minggu lalu.


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda ditahan reman selama lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia yang dipercayai ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom, dua minggu lalu.

Perintah tahanan ke atas Abdul Razak, 46, dikeluarkan oleh Majistret Manira Mohd. Nor pada kira-kira pukul 9.15 pagi ini mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Tempoh reman terhadapnya dibenarkan sehingga Ahad ini.

Difahamkan, pada mulanya polis memohon perintah tahanan reman selama 14 hari bermula hari ini ke atas Abdul Razak.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Razak dengan alasan anak guamnya mempunyai reputasi yang baik serta dikenali ramai.

Mahkamah dimaklumkan bahawa dua laporan polis terhadap wanita warga Mongolia dan seorang penyiasat persendirian telah dibuat oleh Abdul Razak pada bulan Oktober lalu.

Ketika berada di mahkamah, Abdul Razak yang merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC) memakai kemeja lengan panjang warna biru laut dan berseluar hitam. Dia tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 8.15 pagi dengan tangan bergari.

Penganalisis lulusan sarjana bidang kajian perang dari King’s College, Universiti London itu dibawa melalui pintu yang berbeza daripada tahanan-tahanan lain sehingga gagal dikesan oleh para wartawan dan jurugambar.

Bagaimanapun, usaha Abdul Razak untuk mengelak daripada ditemui wartawan dan jurugambar gagal apabila sekumpulan jurugambar mengerumuninya ketika dia dibawa keluar melalui pintu berhampiran Mahkamah Tinggi Jenayah yang terletak di Jalan Raja di sini.

Suasana kelam-kabut dan berebut-rebut dengan kehadiran puluhan wakil media menyebabkan ada jurugambar cedera pada bibir akibat terjatuh semasa merakamkan gambarnya.

Penganalisis politik itu yang banyak menulis mengenai isu-isu politik, pertahanan dan antarabangsa diiringi tiga anggota polis dan dua peguamnya, Datuk Muhammad Shafee dan M. Puravelan.

Abdul Razak meninggalkan bangunan mahkamah pada kira-kira pukul 9.29 pagi untuk dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, tempat dia ditahan sejak pagi semalam.

Abdul Razak dilaporkan ditangkap semalam pada pukul 11 pagi di pejabatnya di Jalan Ampang di sini.

Dia ditahan ekoran penemuan mayat seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah, 28, yang ditemui dalam keadaan berkecai di tepi Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam petang kelmarin.

Cebisan tulang dan daging mangsa yang dipercayai dibunuh dua minggu lalu dikatakan berselerak di tepi empangan itu akibat diletupkan dengan bahan letupan.

Sementara itu, di mahkamah majistret berasingan dalam kompleks mahkamah yang sama, dua anggota polis berpangkat cif inspektor dan konstabel dibenarkan ditahan reman selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes yang sama.

Majistret Ahmad Fairuz Mohd. Puzi membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman seorang pegawai polis berpangkat cif inspektor dan seorang konstabel wanita yang direman selama enam hari sejak Jumaat lalu.

Mereka juga ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan kes pembunuhan Altantuya.

Kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, polis percaya kes pembunuhan kejam itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

‘‘Polis berharap dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.