VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SASTERA

ARKIB : 02/11/2006

Apresiasi rupa dan jiwa pelukis Johor mengagumkan

PAMERAN lukisan Apresiasi Rupa dan Jiwa yang sedang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Kuala Lumpur mampu memperkenal kan karya para pelukis lama dan baru kelahiran Johor.

Pameran seni lukis kontemporari Johor bertemakan ‘Rupa dan Jiwa’ itu menampilkan 90 karya baru dan 20 koleksi sedia ada di BSLN.

Paling menarik, pameran yang berlangsung hingga 5 November ini mengangkat tema-tema yang berkisar tentang masyarakat, persekitaran, budaya, arca instalasi dan panorama alam semula jadi negara dari perspektif pelukis pelbagai keturunan.

Antara pelukis yang mengambil bahagian pada pameran tersebut ialah Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal, Sulaiman Esa, Anthony Lau, Hashim Hassan, Mohd. Sanip Las man, Ponirin Amin, Yusof Ghani, Zakaria Awang dan Johan Marjonid.

Karya-karya yang dipamerkan dalam pelbagai medium itu dihasilkan setiap pelukis dari pengamatan dan pengalaman yang pernah ditempuhi untuk di kongsi bersama khalayak.

Pelukis Mohd. Sanip Lasman, misal nya tampil dengan tiga karya iaitu Bintan, Daik dan Sayang Laksamana Mati Dibunuh.

“Kesemua karya saya ini mengemukakan tema sejarah dan kesusasteraan setempat mengenai kepahlawanan Melayu.

“Ketiga-tiga karya tersebut jelas mempunyai semangat kemelayuan dan ke timuran yang begitu simbolik untuk di sampaikan kepada khalayak,” katanya ketika ditemui pada pameran tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelukis muda, Fakrul Zaman Mohamad Sambas pula muncul dengan dua buah karya iaitu Collection 1 dan 11.

Katanya: “Karya saya ini menggabungkan imej objek-objek tradisi dan kontemporari seperti bekas kaca lilin, balang kaca, lampu kendi, wayang kulit dan keris.

“Saya mahu menterjemahkan keprihatinan saya terhadap tradisi yang hampir pupus untuk peringatan kepada khalayak,” tambahnya yang kini bertugas di sebuah galeri seni di Johor.

Ali Mustaffa Othman pula mengenengahkan ilham menarik dengan berlatar belakangkan akhbar jawi melalui karyanya Secawan Kopi dan Jemput-Jemput yang membicarakan perihal nilai budaya dan jati diri orang Melayu.

Dengan meletakkan objek pemakanan bersama teks akhbar sebagai latar belakang, menjadikan karya itu mempunyai nilai yang tersendiri.

Pelukis Hashim Hassan yang begitu konsisten dalam menampilkan motif budaya mengetengahkan karya Laluan Masa dan Penghijrahan.

Dia menampilkan karya yang ber orientasikan adat dan tradisi menerusi pemilihan unsur batik, warna, simbol dan pengolahan motif yang dekoratif.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri dan Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Ahmad Zahri Jamil ketika merasmikan pameran itu berkata, kerajaan akan berusaha meningkatkan kesedaran rakyat mengenai peranan budaya, kesenian dan warisan dalam kehidupan seharian di samping mempromosikan industri budaya dan kesenian negara.

Selain itu, jelas beliau, seni lukis juga boleh dijadikan alat perpaduan kerana ia dapat mengumpul pelukis daripada pelbagai golongan.

“Melukis juga mampu menyegarkan minda, mengasah bakat dan mencabar kreativiti.

“Hasil karya seni yang bermutu boleh mendatangkan pendapatan sampingan.

“Ini terbukti kerana terdapat pelukis di Malaysia yang berjaya mengadakan pameran dan mendapat sambutan sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.