|
AKTIVIS sastera siber berpeluang menyertai persidangan serantau mengenai sastera siber pada bulan Disember ini. Sidang serantau siber 2006 (4S06) anjuran eSastera.com itu merupakan program tiga-dalam-satu, iaitu Akademi Sastera Siber (AKSES), Seminar Sastera Siber (SSS), dan Hadiah eSastera.com 2006 (Hescom 06).
Program bertemakan ‘Memperkasa sastera Melayu melalui Internet’ itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Disember ini. Matlamatnya untuk mengetemukan aktivis dan peminat sastera siber dari Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan lain-lain.
Akademi Sastera Siber ialah program bimbingan menulis karya dan menyiarkannya di alam siber serta bimbingan deklamasi puisi, diakhiri dengan majlis sayembara deklamasi puisi.
Seminar sastera siber pula ialah program pembentangan kertas kerja dan diskusi ilmiah tentang perkembangan, status, dan masa depan sastera siber dalam memerkasa sastera Melayu melalui medium Internet. Juga tentang isu dan cabaran yang berkaitan.
Hescom 06 ialah majlis penyampaian anugerah untuk karya-karya terbaik yang disiarkan di e-majalah eSastera.com sepanjang tahun 2005/06.
Penganjur sedang berusaha mendapatkan kerjasama badan-badan lain untuk menjadi penganjuar bersama, seperti Persatuan Sastera Siber Malaysia (Pesiber), DBP Malaysia, dan DBP Brunei Darussalam.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web http://www.esastra.com/sidang06.
IKLAN@UTUSAN
|