VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 28/10/2006

BSN: Pinjaman mikro kredit peniaga ditawar Februari

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Bank Simpanan Nasional (BSN) dijangka bakal menawarkan pinjaman mikro kredit kepada peniaga kecil selewat-lewatnya pada bulan Februari tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, BSN kini masih merangka garis panduan pakej pinjaman itu bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, di bawah garis panduan itu, para peniaga berpeluang mendapat pembiayaan maksimum RM50,000 seorang.

“Kita cuba menyiapkan garis panduan itu secepat mungkin tetapi mungkin mengambil masa dua bulan dan pinjaman akan mula ditawarkan sama ada pada bulan Januari atau Februari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran garis panduan itu.

Mengulas mengenai pakej pinjaman itu, Abdul Azim berkata, BSN mencadangkan supaya golongan penjaja dan peruncit yang berminat mendapatkan pembiayaan daripada institusi itu supaya bergabung bagi membentuk kelompok peniaga yang lebih besar.

Katanya, cadangan itu bertujuan memastikan pinjaman mikro kredit berupaya menaik taraf dan nasib para peniaga khususnya para penjaja dan peruncit.

Ahli Perniagaan

“BSN berpendapat dengan melaksanakan cadangan ini, BSN bukan sahaja menjadi institusi pinjaman kepada para peniaga tetapi dapat membentuk golongan ini menjadi ahli perniagaan yang berjaya,” katanya.

Menurut beliau, BSN telah mengemukakan cadangan itu kepada tiga persatuan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan yang dinaungi oleh 7,000 peniaga dan setakat ini mereka bersetuju.

Abdul Azim berkata, sekiranya cadangan itu diguna pakai, BSN berhasrat untuk menjadikan cadangan itu sebagai projek perintis bagi skim pinjaman mikro kredit

Menjawab pertanyaan pemberita, beliau tidak menolak terdapat cadangan supaya pinjaman itu dinaikkan kepada RM100,000 namun jumlah itu perlu dikaji.

Ia kerana, katanya, dana itu adalah daripada BSN dan bukannya subsidi kerajaan seperti sebelum ini.

“Pada tahun 2003 BSN mengeluarkan pembiayaan mikro kredit sebanyak RM300 juta melalui dana kerajaan tetapi kali ini kami perlu mengunakan dana sendiri.

“Oleh itu, BSN perlu mengkaji banyak faktor dan semuanya akan diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.