VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 15/10/2006

Souq Albukhary pusat perniagaan bumiputera


PUSAT Perdagangan Souq Albukhary di Jalan Langgar, Alor Star yang akan beroperasi sepenuhnya akhir tahun depan.


ALOR STAR 14 Okt. – Pusat Perdagangan Souq Albukhary di sini bakal menjadi kompleks perniagaan bumiputera terbesar di utara Semenanjung apabila beroperasi sepenuhnya akhir tahun depan.

Pusat perdagangan ini dijangka bakal menggantikan Kompleks Pekan Rabu di sini yang kini menjadi pusat perniagaan bumiputera terbesar di Kedah.

Dibangunkan oleh Yayasan Albukhary dengan kos RM68 juta di atas tapak seluas 16,764 meter persegi, pusat perdagangan tersebut menyediakan 221 lot kedai yang dikhususkan kepada peniaga bumiputera, selain sebuah pasar raya besar, Giant yang memulakan operasinya hari ini.

Menariknya, pusat perdagangan tersebut dibina mengikut senibina tamadun Islam Monggol di India dan terletak di kawasan yang amat strategik berhampiran Plaza Tol Alor Star Utara, di sini.

Pusat Perdagangan Souq Albukhary diuruskan oleh anak syarikat Yayasan Albukhary iaitu Rangkaian Teratai Sdn. Bhd (Rangkaian Teratai).

Pengurus Pemasaran Rangkaian Teratai, Helmi Lee Abdullah berkata, pembinaan pusat perdagangan itu bertujuan mengumpul dan memasarkan barangan keluaran bumiputera meliputi makanan, pakaian, kraftangan, aksesori dan ubat-ubatan tradisional.

Beliau memberitahu, Souq Albukhary terbahagi kepada tiga bangunan utama iaitu pasar basah di bangunan pertama diikuti bazar dan arked yang masing-masing terletak di bangunan kedua dan ketiga.

“Pasar basah moden setinggi dua tingkat yang dilengkapi lif itu mempunyai 132 lot gerai telah mula beroperasi sejak 1 Oktober lalu,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Pada aras pertama, kata Helmi Lee, barangan basah yang dijual meliputi ikan, ayam dan daging, manakala barangan kering termasuk sayur-sayuran dijual di aras dua.

Pasar basah itu, jelasnya, menempatkan para peniaga yang dipindahkan dari Pasar Besar Taman PKNK di sini yang ditutup dua tahun lalu lalu.

Helmi Lee berkata, bangunan kedua pula yang dikenali sebagai Bazar mengikuti konsep Pekan Rabu tetapi susun letak lot kedainya dianggap lebih moden dan sistematik.

Sebanyak 62 lot kedai diwujudkan di aras pertama bangunan ini yang kebanyakannya menjual barangan berupa makanan, pakaian, peralatan haji dan umrah, buku serta ubat-ubat tradisional, ujarnya.

Aras pertama ini juga, katanya, bakal menempatkan satu atau dua institusi kewangan selain satu lot bagi bilik pameran kereta yang masih belum beroperasi.

“Pada aras kedua akan ditempatkan medan selera yang dijangka beroperasi selepas Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Bangunan ketiga pula yang dikenali sebagai Arked, kata Helmi Lee, menempatkan pasar raya besar Giant, selain 27 lot kedai yang menjual pelbagai barangan aksesori termasuk telefon bimbit dan perkakasan komputer.

Menurutnya, pasar raya besar Giant telah memulakan operasinya apabila dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

“Pusat perdagangan ini juga menyediakan sebanyak 500 lot tempat meletak kereta bagi kemudahan pengunjung,” tambahnya.

Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Yayasan Albukhary, Fauzidah Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pembinaan Pusat Perdagangan Souq Albukhary merupakan sebahagian daripada projek fasa kedua bernilai RM429 juta yang dilaksanakan oleh yayasan itu.

Beliau menegaskan, pembinaan pusat perdagangan tersebut bukan bertujuan komersial sebaliknya mahu membantu golongan peniaga kecil bumiputera untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang kondusif.

‘‘Kita mengenakan sewa yang amat minimum kepada golongan peniaga bumiputera yang berhasrat menjalankan perniagaan di pusat perdagangan tersebut.

“Kemudahan komersial itu dirancang bagi menggalakkan pertumbuhan perniagaan bagi usahawan kecil dan sederhana bumiputera,” jelasnya.

Setakat ini, tambah beliau,sambutan golongan peniaga bumiputera untuk menjalankan operasi di pusat perdagangan tersebut amat menggalakkan.

Menurutnya, perkataan ‘Souq’ diambil daripada perkataan Parsi yang bermaksud ‘deretan kedai-kedai kecil’, sesuai dengan konsep pembinaan pusat perdagangan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.