VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 11/10/2006

UBS Solution pembangun perisian perakaunan IKS

SYARIKAT-syarikat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) sentiasa menghadapi cabaran akibat persaingan sengit, pada mulanya daripada pesaing tempatan, dan apabila mula berkembang, daripada pengeluar kos rendah luar negara.

Selain daripada terpaksa bersaing secara inovatif dan cekap untuk menjamin keberkekalan, daya maju dan pertumbuhan perniagaan, syarikat-syarikat ini juga perlu menguruskan kos operasi masing-masing.

"Keputusan mengenai teknologi selalunya amat penting bagi syarikat IKS," kata Steven Lim daripada UBS Corporation Bhd., Rakan Emas Bertauliah Microsoft dengan Sijil Penyelesaian Perisian ISV.

"Selepas menyaksikan perkembangan teknologi, kebanyakan pemilik perniagaan kecil kini lebih maklum penggunaan teknologi bukan sahaja mampu menjamin keuntungan tetapi juga mengurangkan kos operasi dan pembaziran," tambahnya.

UBS mengkhusus dalam usaha membangunkan dan memasarkan perisian bagi pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Di Malaysia, pelanggan UBS telah bertambah kepada lebih 110,000 syarikat PKS, menjadikannya syarikat perisian perakaunan perniagaan kecil yang utama di Malaysia buat masa ini.

"Perkhidmatan kami berkaitan membekalkan maklumat perakaunan dan kawalan stok untuk membolehkan pelanggan mengenal pasti produk dan maklumat kewangan yang paling menguntungkan.

``Kami juga memberikan maklumat asas bagi mereka memahami kedudukan kewangan, keuntungan produk dan pergerakan stok perniagaan mereka," jelas Lim.

Para pelanggan UBS pada amnya syarikat yang beroperasi dalam pasaran berbilang segmen dan membentuk tunjang rantaian bekalan aktiviti perniagaan dengan menyokong operasi syarikat multinasional (MNC) dan syarikat korporat tempatan.

Perniagaan kecil dicirikan oleh pelbagai keperluan dan permintaan, personaliti perniagaan dan suasana operasi. Tetapi semuanya mempunyai satu persamaan, iaitu perniagaan mereka sememangnya menguntungkan tetapi tidak cekap.

Salah satu daripada pelanggan utamanya ialah E-Star Furniture Design Sdn. Bhd. yang mendapatkan penyelesaian UBS sebagai langkah untuk meningkatkan kecekapan operasi.

E-Star pada asasnya kurang sedar dan tidak begitu maklum tentang cara menggunakan maklumat dalam sistem perakaunan dan kawalan stok mereka secara sistematik untuk membuat keputusan yang tepat.

Di samping itu, mereka juga tidak memiliki depositori yang sesuai untuk menyimpan pangkalan data pelanggan/penghutang bagi mencari data pada masa depan.

E-Star juga mempunyai sebuah struktur pangkalan data sedia ada yang tidak fleksibel dan tidak dapat memenuhi keperluan jumlah pelanggan yang lebih besar.

Untuk mengatasi masalah ini, UBS mengesyorkan perisian UBS SQL Accounting dan UBS SQL Stock Control hak milik mereka sebagai hab maklumat pusat untuk menjalankan tugas menganalisis, mengeluarkan laporan, membuat keputusan dan menyebarkan maklumat bagi E-Star.

Maklumat perakaunan dan kawalan stok E-Star dipusatkan dalam pangkalan data SQL umum untuk memperolehi maklumat pelanggan, menilai maklumat perakaunan dan perancangan dan menguruskan stok/produk.

Penyelesaian yang dilaksana membolehkan E-Star meningkatkan kualiti dan kepantasan analisis, laporan, pembuatan keputusan dan penyebaran maklumat, sambil menyediakan landasan bagi pencarian data produk dan pelanggan yang selanjutnya.

Menurut E-Star, penyelesaian yang disediakan oleh UBS memberikan mereka laporan perakaunan dan stok yang sistematik dan tepat pada masanya.

"Pada mulanya, E-Star juga menghadapi masalah dari segi keselamatan data. Kami sedar bahawa selain daripada tahap keterbukaan lebih tinggi semasa memperolehi maklumat perakaunan dan saham, penyelesaian mesti mempunyai ciri keselamatan lebih teguh, dan kami juga berjaya memenuhi keperluan ini," jelas Lim.

Ia berupaya memenuhi keperluan pemegang kepentingan yang berbeza, termasuk pengurusan syarikat, pihak berkuasa kerajaan, bahagian jualan dan pemasaran, bahagian pembangunan produk dan lain-lain.

UBS telah memanfaatkan sumber industri Microsoft yang luas untuk mengenal pasti trend pasaran baru dan membekalkan produk berasaskan kefahaman pasaran yang kukuh. Penyertaannya sebagai ISV di bawah Program Rakan Microsoft telah mengukuhkan pengiktirafan terhadap UBS.

Penyelesaian UBS diiktiraf sebagai produk unggul yang dibina berasaskan teknologi Microsoft, yang disepadukan dengan platform atau pelaburan Microsoft yang sedia ada.

"UBS Accounting umpamanya ialah salah satu daripada produk teras kami," kata Lim. "Perisian tersebut kini sudah menempa nama dalam dunia perisian perakaunan berkomputer dengan lebih 110,000 pemasangan di Malaysia.

Kemudahan penggunaan dan laporan komprehensif telah mendorong banyak institusi pengajian tinggi seperti universiti, kolej dan sekolah swasta untuk menggunakan UBS Accounting sebagai sebahagian daripada bahan kursus mereka," katanya sambil menambah bahawa lebih 350 institusi pengajian tinggi telah menggunakan UBS Accounting sebagai bahan kursus masing-masing.

"Program Rakan Microsoft menawarkan sokongan teknikal dan sokongan perniagaan kepada syarikat seperti UBS untuk membantu mereka membangunkan produk lebih baik, mengukuhkan kedudukan pasaran dengan mencipta permintaan bertaraf dunia bagi produk mereka dan meningkatkan pertumbuhan keuntungan secara keseluruhannya," tambah Low Sin Yip, Pengarah Pasaran Penyelesaian Kecil, Sederhana dan Kumpulan Rakan Microsoft Malaysia.

Microsoft melabur kira-kira RM26 juta dalam program rakan ISV di Malaysia. Kajian IDC terbaru melaporkan bahawa setiap RM1 yang dikutip oleh Microsoft, kira-kira RM15 diraih oleh rakan ISV mereka.

"Kami berbangga melihat rakan bertauliah kami terus mencipta dan membekalkan penyelesaian bernilai kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan keuntungan dan pertumbuhan,’’ kata Yip.

Microsoft mempunyai lebih daripada 800 rakan Vendor Perisian Bebas (ISV) di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isv.com. my

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.