ARKIB : 03/10/2006
Makmur Brunei biskut istimewa
SUDAH pasti ramai yang ingin merasai keenakan dan kelainan biskut makmur Brunei Dayang Cookies, resipi turun-temurun Sabrina Zaini, 47.
Sabrina yang berasal dari Brunei berkata, biskut makmur Brunei sememangnya lain daripada biskut makmur yang biasa dibuat orang.
“Jika biskut makmur biasa menggunakan minyak sapi tetapi makmur Brunei menggunakan mentega,” kata Sabrina ketika ditemui di rumahnya di Taman Kosas, Ampang.
Sabrina yang sudah 12 tahun berniaga biskut raya menambah, biskut makmur yang menggunakan mentega lebih sedap dan rangup jika dibandingkan dengan biskut yang menggunakan minyak sapi.
Selain itu, ada orang yang tidak menyukai minyak sapi kerana baunya dan sekali gus menyebabkan mereka tidak suka makan biskut makmur.
Menurut Sabrina yang sudah membuat biskut raya sejak awal bulan September, selain biskut makmur Brunei, beliau turut membuat beberapa jenis biskut lain yang menjadi kegemaran ramai iaitu kopi rangup, biskut siti, black mist, wasini, cornflakes jam, oren rangup dan popia rangup.
“Biasanya popia rangup ditempah sepanjang masa kerana ia sedap dimakan setiap hari. Semua orang menyukainya kerana ia dibuat daripada kulit popia yang dipotong serong, digoreng dan disira gula.
“Semua biskut saya dibuat tangan dan tidak menggunakan mesin penerap. Jika menggunakan mesin penerap, kebiasaannya doh biskut keras dan mudah keluar. Biskut yang diterap tangan mempunyai adunan yang lembut,” ujar Sabrina, ibu kepada empat orang anak.
Enam orang pekerja dewasa membantu Sabrina membuat kuih pada hari-hari biasa. Pada hari Sabtu dan Ahad pula, beliau dibantu oleh enam orang pelajar sekolah menengah.
Bila hampir bulan puasa, Sabrina mulai sibuk membuat agar-agar kering. Agar-agar yang dicampur dengan gula batu itu perlu dijemur sehingga betul-betul kering dan bersaka.
Terdapat bermacam-macam bentuk dan warna agar-agar kering yang cantik seperti oren, hijau, merah, biru dan kuning.
Menurut Sabrina, biskut keluarannya yang dinamakan Dayang Cookies mempunyai beberapa pengedar tetap.
“Bagi para pengedar, selain boleh memesan kotak biskut yang mengandungi satu jenis biskut sahaja, mereka turut boleh memesan sekotak biskut yang mengandungi bermacam-macam jenis biskut,” kata Sabrina.
Walaupun seronok dapat menjual banyak biskut namun ada kesannya pada diri Sabrina.
Sabrina berkata, dua minggu menghampiri hari raya biasanya beliau kurang tidur kerana hendak menyiapkan tempahan.
Lebih merisaukannya bila pesanan sudah dibuat tetapi kuih tidak diambil.
Mengenai harga barangan membuat kuih yang melambung naik, kata Sabrina, beliau tidak menaikkan harga biskut sebaliknya mengecil dan menipiskan sedikit saiz biskut.
“Bahan tidak boleh dikurangkan kerana hendak mengekalkan kualiti biskut. Saya amat mengambil berat mengenai kualiti biskut dan kek yang saya buat.
“Bagi saya, biarlah jujur dalam bisnes makanan kerana kita hendak beri orang makan. Jika biskut tak sedap, orang akan menyumpah dan tak akan beli lagi. Rezeki kita nanti setakat itu sahaja,” tegas Sabrina.
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









