Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 03/09/2006
Abdullah mahu laporan Scomi

Abdullah mahu laporan Scomi

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Scomi Group Bhd., (Scomi) menghantar laporan lengkap aktiviti perniagaan syarikat itu kepadanya secepat mungkin.

Perdana Menteri berkata, laporan itu penting bagi membolehkan beliau meneliti dan menjawab dakwaan bahawa syarikat milik anak sulungnya, Kamaluddin itu mendapat banyak projek kerajaan.

Scomi adalah sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas.

Abdullah menjelaskan, beliau telah menerima sepucuk surat menyatakan beliau tidak memberitahu perkara sebenar mengenai projek yang diperoleh oleh Scomi.

Menurut Abdullah, surat itu dihantar kepadanya selepas beliau muncul dalam wawancara ‘Bersemuka Bersama Perdana Menteri’ yang disiarkan oleh TV3 pada 7 Ogos lalu .

Dalam wawancara itu, Abdullah memberitahu bahawa Scomi tidak pernah mendapat tawaran projek kerajaan.

Perdana Menteri diminta menjelaskan ucapannya sebelum itu yang menyentuh mengenai penglibatan anaknya dalam perniagaan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang, di sini hari ini .

Dalam ucapan perasmian mesyuarat tersebut, Abdullah menarik perhatian perwakilan mengenai sepucuk surat yang diterima selepas wawancara di TV3 itu yang menyatakan beliau tidak memberitahu perkara sebenar mengenai anaknya.

Abdullah berkata, beliau mengambil serius dan akan menyiasat dakwaan itu.

Perdana Menteri berkata, beliau akan menjelaskan perkara sebenar selepas meneliti laporan terperinci daripada Scomi.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN