VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 27/08/2006

Kepentingan mengekalkan hidrasi tubuh

TUBUH badan manusia terdiri daripada 75 peratus air manakala selebihnya 25 peratus adalah bahan pepejal.

Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75 peratus air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.

Kebanyakan daripada kita tidak menyedari akan peri pentingnya untuk mengekalkan kelembapan badan terutama sekali jika mengamalkan gaya hidup aktif.

Keperluan badan terhadap cecair (air) meningkat di dalam persekitaran panas dan lembap seperti halnya di Malaysia di mana, badan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak sekali gus meningkatkan kadar kehilangan air.

Ambil sahaja contoh mudah, tumbuh- tumbuhan yang anda tanam di halaman rumah. Anda menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut dan membajanya dengan baik sekali.

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak menyiraminya selama seminggu? Ia akan menjadi layu, bukan?

Itulah juga yang akan terjadi kepada tubuh badan kita jika tidak dihidrasi (diberikan air atau tidak mendapat kelembapan) sebagaimana yang sepatutnya.

Kadang-kala, dalam iklim yang lebih sejuk mahu pun persekitaran berhawa dingin, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan suhu badan, semakin bertambahlah cecair yang diperlukan.

Justeru, adalah sangat penting bagi kita untuk minum, tidak kiralah sama ada ia air masak, jus, minuman isotonik, susu mahu pun memakan buah-buahan serta sayur- sayuran yang secukupnya.

*Peranan air di dalam badan kita

Air membantu hampir kebanyakan anggota badan manusia untuk berfungsi secara berkesan. Kita perlu memahami peranannya di dalam badan.

* Otak kita adalah 75 peratus air manakala darah, tulang dan otot-otot masing- masing mewakili sebanyak 92, 22 dan 75 peratus air

* Air penting untuk pernafasan dan mengawal atur suhu badan

* Air juga penting bagi melindungi dan ‘melapik’ organ-organ utama termasuklah sendi tulang

* Di samping itu, air membawa nutrien (zat makanan) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien

* Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkirkan bahan-bahan sisa yang tidak dikehendaki.

Tanda-tanda penyahhidratan

Kesan penyahhidaratan boleh muncul dalam pelbagai bentuk dari dahaga dan lemah kepada kegagalan fungsi buah pinggang.

Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, penyahhidratan boleh membawa kepada koma dan akhirnya mengundang maut.

Berikut adalah tanda-tanda penyahhidaratan yang berbeza-beza di antara setiap individu.

Penyahhidratan yang tidak begitu kuat

* Rasa dahaga

* Sakit kepala kesan daripada tekanan atau stres mental dan/atau fizikal yang boleh berpunca daripada tidak mendapat bekalan air mencukupi

* Mengalami keadaan letih lesu. Ini terjadi kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair

* Mulut dan tekak terasa kering

Penyahhidratan sederhana

* Rasa keliru, terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara seseorang membuat keputusan.

Ini kerana, otak mengalami penghidratan yang sangat lemah yang mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala serius

* Degupan jantung menjadi kencang, pening kepala, mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada penurunan darah

* Rasa lemah dan tidak bertenaga disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair di mana jumlah darah boleh menurun sekali gus menjejaskan prestasi dan rutin seharian kita

* Air kencing menjadi sangat pekat tetapi jumlah pengeluarannya merosot

Penyahhidratan teruk

* Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin atau bahan racun dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa. Akibatnya, buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin-toksin itu

* Lidah bengkak

* Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan

* Rasa lemah, tidak bermaya tambah ketara

* Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin.

Untuk hidrasi sewajarnya, adalah disarankan agar anda minum pelbagai jenis cecair termasuk air, susu, minuman isotonik, jus buah-buahan, sup, minuman dengan rasa buah-buahan atau mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran segar dalam jumlah cecair dibenarkan, mengikut saranan.

Minuman isotonik memang mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hidrasi terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Minuman isotonik yang mengandungi karbohidrat membantu menggantikan semula tenaga yang hilang manakala natrium bukan hanya menambahkan keenakan rasa cecair tetapi juga meningkatkan sensasi dahaga.

Ia turut membantu memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan.

Sementara itu, kalium, klorida dan magnesium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.

Mesejnya

Matlamat utamanya adalah untuk kekal berada dalam keadaan terhidrasi yang secukupnya kerana dengan cara itu, suhu badan kita mampu dikawal atur.

Dalam masa yang sama, bahan-bahan buangan dapat disingkirkan dari badan manakala sendi, organ serta tisu badan kita pula mendapat perlindungannya dalam usaha mengekalkan gaya hidup sihat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.