VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 19/08/2006

Abdullah diberi gelaran Bapa Ekonomi Ilmu

KULIM 18 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini diberi gelaran sebagai ‘Bapa Ekonomi Ilmu’ di atas usaha berterusan beliau membawa transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis berkata, gelaran itu wajar diberi kepada Perdana Menteri berikutan komitmen beliau yang tinggi dan berterusan untuk memajukan K-Ekonomi di kalangan rakyat.

Menurutnya, usaha Abdullah itu bermatlamat membawa kesejahteraan dan peningkatan taraf sosioekonomi rakyat.

Beliau memberitahu, selepas mengambil alih pucuk kepimpinan negara, Perdana Menteri telah membuat anjakan baru iaitu semua rakyat perlu mendapat manfaat daripada pelaksanaan agenda teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) negara.

“Beliau tidak mahu wujud satu lagi bentuk kemiskinan era baru iaitu kemiskinan dari segi pengetahuan digital serta tidak mahu wujud jurang digital antara kumpulan berpendapatan tinggi dan rendah dan antara penduduk bandar dan luar bandar.

“Pada hemat saya, Perdana Menteri wajar diperakui sebagai Bapa Ekonomi Ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Bandar Siber MSC Malaysia @ Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.