VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 05/08/2006

Ketua Al-Maunah digantung sampai mati

KUALA KANGSAR 4 Ogos – Ketua Kumpulan Al-Maunah, Mohd. Amin Mohd. Razali yang menggemparkan negara berikutan tindakannya merompak sejumlah senjata dari Kem Batalion 304 Askar Wataniah (AW) dan Pos AW Kuala Sungai Rui, Gerik, Perak pada tahun 2000, hari ini menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Sungai Buloh.

Hukuman gantung ke atas Mohd. Amin yang sepatutnya dilaksanakan pada minggu lepas ditangguhkan seminggu berikutan permintaan dari keluarganya memandangkan ibunya, Aminah Abdullah, 62, sedang mengerjakan umrah.

Hukuman ke atas Mohd. Amin dijalankan pukul 6 pagi hari ini.

Tiga lagi ahli kumpulan iaitu Zahit Muslim yang juga timbalan ketua kumpulan; Jamaludin Darus dan Jemari Jusoh telah menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara yang sama minggu lepas.

Jenazah Mohd. Amin dituntut oleh ahli keluarganya pada pukul 8.10 pagi dan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Ngor dekat sini untuk dikebumikan.

Abang Mohd. Amin, Abdul Rahim, 40, memberitahu, jenazah Mohd. Amin sampai ke rumah keluarganya pada pukul 11.30 pagi dan semua ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anaknya ada di rumah tersebut.

‘‘Jenazah Mohd. Amin kemudian dibawa ke Masjid Kampung Ngor untuk disembahyangkan selepas Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ngor,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi pada 28 Disember 2001 lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Mohd. Amin selepas Hakim Zulkefli Ahmad Makinudin mendapati dia terlibat untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan atas nama jihad.

Sementara anggota lainnya iaitu Ibrahim Dris, 45; Kamarudin Mustafar, 41; Abdul Ghani Ali @ Ahmad, 35; Idris Anas, 43; Mohamed Faudzi Hamdan, 40; Nasruddin Mohamed Jailani 36. Ahmad Sarkawi Sulong, 30; Zainal Mohamed Jailani, 35; Mohamed Zaini Mohamed Zainal, 26; Mohamed Ramly Mohamood, 47; Che Sabri Che Jaafar, 31; Mohamed Bukhari Ismail, 29; Suhaimi Hasbullah, 41; Md. Amin Othman, 42, dan Yunus Hussin, 52, kini menjalani hukuman penjara sepanjang hayat.

Kesemua anggota Al-Ma‘unah itu didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut di Pos 2, Kilometer 19, Kuala Rhui, Lebuh Raya Timur-Barat Gerik; di Batalion 304 Infantri (AW) Kem Gerik; dan di Bukit Jenalek, Kemajuan Tanah Ngor, Sauk, Mukim Cegar Galah, daerah Kuala Kangsar.

Dalam kejadian tersebut, kumpulan itu juga membunuh dua orang anggota pasukan keselamatan yang menjadi tebusan sewaktu dikepung di tempat persembunyian mereka di Bukit Jenalek, Kuala Kangsar.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.