|
ARKIB : 23/07/2006 Panas melampau Eropah, AS terus ragut nyawaPARIS 22 Julai – Penduduk Eropah digesa mengambil tindakan yang boleh ‘menyejukkan’ diri mereka berikutan cuaca panas yang memecahkan rekod dan mengorbankan 31 orang, meliputi separuh daripada benua tersebut, dan dijangka berterusan seminggu lagi. Di Amerika Syarikat (AS) seramai 29 orang telah mati. Di Perancis, pihak berkuasa kesihatan berkata, sehingga kini, 22 orang telah mati akibat cuaca panas itu, meningkat berbanding sembilan orang dua hari lalu. Mangsa termasuk kanak-kanak berusia 15 bulan, empat orang buruh dan dua orang yang tidak mempunyai rumah. Biro Statistik Pusat Belanda (CBS) berkata, terdapat peningkatan kematian sebanyak 168 orang pada minggu pertama bulan ini melebihi kadar purata yang dikaitkan dengan cuaca panas itu. Pusat cuaca Meteo-France yang dikendalikan oleh kerajaan menasihatkan orang awam agar mandi lebih kerap, minum 1.5 liter air sehari dan menghabiskan masa tiga jam sehari dalam persekitaran berhawa dingin seperti panggung wayang. Sementara itu, suhu panas di Britain menurun sedikit semalam tetapi masih panas dengan suhu di London mencapai 32 darjah Celsius. Di Itali, suhu dijangka mencapai 40 darjah Celsius pada penghujung minggu ini dengan wilayah Liguria di timur laut dan Umbria di tengah diletakkan pada tahap berjaga-jaga yang paling tinggi. Di Berlin, kesatuan bangunan, IG Bau melancarkan kempen dengan slogan ‘Jangan Dibiarkan Terbakar’ dan mengagihkan krim kulit di tempat kerja. Di Republik Czech, jam zaman pertengahan di Prague yang menjadi salah satu tarikan pelancong berfungsi dengan perlahan kerana cuaca panas. Austria pula mengenakan larangan terhadap barbeku di tempat awam kerana risiko kebakaran hutan. – AFP TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
AS tamat misi perang di Iraq
26 Ahli Parlimen Indonesia suspek rasuah Pelampau Indonesia bakar bendera kita lagi Krisis kemanusiaan di Pakistan kritikal Tidak patut siasat dana bina masjid WTC Israel tutup sebahagian Tebing Barat Ujian roket paling berkuasa Permaisuri Rania semakin yakin pada dirinya Perbicaraan Ampatuan ditangguhkan lagi NASA nasihat ceritakan hal sebenar kepada pelombong Chile Blair tidak kesal isytihar perang Iraq
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|