VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 12/07/2006

Kastam ikut undang-undang lelong kereta mewah lucut hak


KUALA LUMPUR 11 Julai - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti Parlimen berpuas hati bahawa Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang berhubung lelongan kereta-kereta mewah yang telah dilucutkan hak.

Pengerusinya, Tan Sri Bernard Dompok berkata, jawatankuasa itu juga diberitahu, terdapat dua jawatankuasa baru ditubuhkan oleh KDRM bagi membuat keputusan berhubung permohonan kereta mewah seperti itu.

Katanya, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid memberitahu, beliau menubuhkan jawatankuasa berkenaan sebaik sahaja mengambil alih jawatan itu tahun lalu.

‘‘Beliau memberitahu, sejak mengambil alih jawatan Ketua Pengarah Kastam tahun lalu, beliau menubuhkan satu jawatankuasa di peringkat dalaman dan satu lagi yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Ini berbeza dengan kaedah sebelum ini apabila ia diputuskan oleh Ketua Pengarah Kastam sendiri,” katanya.

Dompok berkata demikian dalam sidang akhbar selepas bermesyuarat dan mendengar penjelasan lebih empat jam daripada Abdul Rahman, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Pencegahan, Datuk Mat Yusof Abdullah.

Abdul Rahman dipanggil menghadap jawatankuasa tersebut selepas Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusuf mendakwa beberapa pegawai KDRM menjual kenderaan mewah dengan harga murah kepada beberapa pihak tanpa melalui proses tender terbuka.

Beliau mendakwa kereta yang mencecah harga RM200,000 hanya dijual pada harga RM50,000 dan RM60,000 sebuah.

Mohd. Said juga mendakwa beliau ditawar dan diberi peluang untuk membeli kereta rampasan sahaja tetapi kereta mewah itu disimpan untuk orang tertentu.

Dompok memberitahu, jawatankuasa itu bagaimanapun akan meneliti kuasa budi bicara jabatan kastam dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.

Menurutnya, jabatan itu boleh menggunakan budi bicara mereka ketika membuat keputusan dan ia perlu diperhalusi oleh jawatankuasa berkenaan.

‘‘Kaedah budi bicara ini perlu dibincangkan lagi oleh jawatankuasa ini kerana ia boleh mengundang pelbagai persoalan terutamanya dari segi integriti,” katanya.

Ketika ditanya sama ada jawatankuasa tersebut berpuas hati atau merasakan sesuatu yang tidak kena berhubung penjelasan Abdul Rahman itu, Dompok berkata, jawatankuasa berkenaan tidak membuat sebarang keputusan mengenainya.

Katanya, sesi hari ini lebih kepada mendengar penjelasan pihak kastam sendiri berhubung kontroversi tersebut dan setiap fakta yang dikemukakan akan dijadikan input pada laporan yang akan dibentangkan kepada Parlimen nanti.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.