VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 01/07/2006

PNB buka pejabat ASNB di Selangor

KUALA LUMPUR 30 Jun - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan membuka pejabat ASNB pertama di Shah Alam, Selangor yang mula beroperasi pada 3 Julai ini.

Pejabat ASNB Shah Alam itu terletak di Lot 2-1 dan 2-2, Pusat Dagangan UMNO Shah Alam, Persiaran Damai, Seksyen 11, 40000, Shah Alam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pejabat itu akan menyediakan urus niaga pelaburan setempat bagi meningkatkan kemudahan dan memberi perkhidmatan tambahan kepada pemegang unit dan bakal pelanggan di negeri itu.

Pejabat itu juga merupakan yang kelima selain kaunter utama ASNB di Kuala Lumpur, Kangar, Alor Setar, Seremban dan Johor Baharu.

“Kewujudan pejabat ASNB Shah Alam menyediakan kemudahan urus niaga pelaburan setempat itu tepat pada masanya dan memberi pilihan kepada rakyat Selangor untuk berurusan secara terus dengan ASNB,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Lain-lain perkhidmatan ditawarkan ialah perkhidmatan tunai dan bukan tunai seperti pelaburan tambahan melalui tunai dan cek, pelaburan melalui Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penukaran butir-butir peribadi, jualan balik tunai atau cek dan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan unit-unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.