Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
LUAR NEGARA

ARKIB : 27/06/2006
Moscow bandar paling mahal di dunia

Moscow bandar paling mahal di dunia

NEW YORK 26 Jun - Moscow menandingi Tokyo sebagai bandar paling mahal di dunia, menurut satu tinjauan terkini.

Berdasarkan tinjauan yang dikeluarkan hari ini, ibu negara Rusia itu naik tiga anak tangga berbanding tahun lalu berikutan pemilikan harta yang meningkat secara mendadak manakala ibu negara Jepun jatuh ke tempat ketiga ekoran nilai yen yang lemah.

Seoul pula menduduki tangga kedua senarai tersebut berbanding tangga kelima tahun lalu.

Tinjauan Perunding Sumber Manusia Mercer itu melibatkan 144 buah bandar di seluruh dunia dengan mengambil kira kos perbandingan lebih 200 butiran seperti perumahan, pengangkutan dan makanan.

Tinjauan itu dilakukan bagi membantu majikan multinasional menentukan nilai pampasan kepada pekerja mereka yang tinggal di negara asing.

Perunding kanan Mercer, Rebecca Powers berkata, dengan kenaikan perbelanjaan yang banyak di kebanyakan bandar di dunia, terutamanya di negara membangun, majikan perlu melihat semula kaedah pampasan yang diberikan berserta faedah yang diterima oleh pekerja mereka.

Menurut tinjauan itu lagi, secara keseluruhannya kadar pertukaran asing bukan menjadi faktor utama kepada perubahan kedudukan dalam senarai tersebut, namun dalam kes Moscow, kos telah terapung berikutan pertambahan harga perumahan.

Namun begitu kedudukan bandar-bandar tersebut jatuh berbanding tahun lalu ekoran kedudukan mata wang euro yang tidak kukuh.

Antara bandar-bandar lain yang turut tersenarai ialah New York di tangga ke-10, diikuti Los Angeles dan San Francisco.

Hong Kong pula berada di tempat keempat dalam senarai, Beijing di tangga ke-14, manakala Shanghai di kedudukan ke-20.

- AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN