Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 18/05/2006
Tiada asas DAP dakwa demokrasi mati di Sarawak

Tiada asas DAP dakwa demokrasi mati di Sarawak

BINTULU 17 Mei - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, dakyah DAP kononnya hendak menghidupkan kembali amalan demokrasi di Sarawak adalah tidak berasas dan karut semata-mata.

``Kita tidak pernah diperintah oleh kerajaan kuku besi atau kerajaan tentera... malah (kita sentiasa diperintah) oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada setiap lima tahun,'' katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Iran, Suai, kira-kira 150 kilometer dari sini, hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Kidurong, Paul Yong Khing Kee yang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) turut hadir pada majlis itu.

Chin berkata, kerajaan negeri dan Pusat telah memperuntukkan RM25 bilion bagi tujuan pembangunan di Sarawak dan pengundi tidak harus melepaskan peluang untuk menikmati kemajuan itu.

Katanya, tempoh masa lima tahun sudah cukup untuk membuktikan kegagalan DAP di Kidurong untuk menaikkan taraf hidup rakyat khususnya di luar bandar.

Beliau mahu rakyat kawasan itu supaya insaf kerana kesilapan memilih pembangkang pada 2001 sehingga mereka ketinggalan daripada segi peruntukan pembangunan.

Mengenai calon BN, beliau berkata, Yong dipilih kerana kebolehannya.

- Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN