VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 05/05/2006

North rakamkan lagu Aku Cinta Padamu

SETIAP penyanyi akan mencari kelainan dalam setiap album yang dihasilkan. Ia bukan sekadar gimik tetapi turut memancing keinginan kalangan peminat untuk menanti kehadiran album itu.

Kumpulan muzik kelahiran Australia, North, tidak ketinggalan menampilkan kelainan pada album terbaru mereka, Straight Up, apabila mereka merakamkan lagu yang pernah dipopularkan penyanyi Siti Nurhaliza.

North yang dianggotai Alf, Beau, Joel dan Thanh merakamkan lagu Aku Cinta Padamu dalam albumnya itu.

Bagaimanapun, lagu ciptaan komposer LY itu ditukar liriknya kepada bahasa Inggeris dan tajuknya pula diubah menjadi I Wonder.

Apa yang jelas, gimik itu wajar dilihat sebagai idea global yang mampu memperkenalkan karya muzik tempatan ke peringkat antarabangsa.

“I Wonder sudah mula popular di Australia dan peminat di sana mula bertanya tentang penyanyi dan pencipta asalnya,” kata salah seorang anggota North, Joel, pada sidang akhbar kumpulan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memang diakui Siti sudah pun mencipta nama di Indonesia dan langkah yang diambil oleh kumpulan North dengan merakamkan semula lagu Aku Cinta Padamu dijangka membantu mempopularkan lagi nama Siti di dunia luar.

Namun bukan isu penyanyi lagu itu sahaja yang patut difikirkan tetapi penghasilan album North itu juga patut dipandang sebagai mengangkat kedudukan muzik Malaysia di mata dunia.

Usaha Ketua Domestik EMI Malaysia, Mohd. Arzmy Mohamad patut dipuji. Beliaulah yang bertanggungjawab mencadangkan lagu Aku Cinta Padamu dimuatkan dalam album North.

“Saya perlu mencuba sesuatu yang baru dan berbeza agar karya pencipta kita dapat keluar daripada kepompong muzik di Malaysia.

“Mungkin satu kebetulan lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi popular Siti Nurhaliza,” kata Mohd. Arzmy.

Lagu Aku Cinta Padamu menjadi pilihan Mohd. Arzmy sendiri berdasarkan range muziknya yang besar dan bercorak.

Lagu itu mempunyai kekuatan major key berbanding lagu-lagu Melayu lain yang biasanya memiliki minor key.

Pencipta lagu Aku Cinta Padamu, LY wajar berbangga apabila karyanya turut terpilih dimuatkan dalam album North.

Daripada 13 lagu yang dimuatkan dalam album Straight Up itu, hanya dua lagu daripada komposer luar dipilih – sebuah lagu ciptaan komposer Taiwan dan satu lagi ciptaan komposer Malaysia.

“Pemilihan lagu Aku Cinta Padamu merupakan kejayaan semua komposer di Malaysia,” kata LY.

Peluang memperkenalkan lagu Melayu ke peringkat antarabangsa bukanlah satu peluang mudah dan komposer Malaysia perlu merebutnya.

Lagu Aku Cinta Padamu melambangkan kejayaan lagu Melayu yang masih unggul dan berada pada kelas tersendiri.

Album Straight Up edaran EMI (M) Sdn. Bhd. memuatkan 13 lagu dan ia boleh didapati di pasaran sekarang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.