Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/05/2006
Kenaikan tarif baru elektrik sama harga sebungkus rokok

Kenaikan tarif baru elektrik sama harga sebungkus rokok

PUTRAJAYA 4 Mei - Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik membayangkan kadar tarif baru elektrik akan bermula bulan depan dan kenaikan itu sama dengan `harga sebungkus rokok sahaja'.

Beliau berkata, cadangan kenaikan minimum tersebut dibuat kerana kerajaan tidak mahu tarif baru elektrik membebankan golongan berpendapatan rendah.

Katanya, kertas cadangan kenaikan itu akan dibentangkan pada Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi dengan memuatkan perincian termasuk aspek peratus kenaikan dan tarikh pelaksanaan tarif baru.

``Saya memberi jaminan kenaikan tarif baru hanya sama dengan harga sebungkus rokok sahaja (harga sebungkus rokok 20 batang RM7) sebab kerajaan tidak mahu kenaikan itu memberi kesan besar kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

``Tetapi kadar baru itu nanti fleksibel iaitu bergantung kepada penggunaan unit elektrik bagi setiap isi rumah.

``Jika mereka menggunakan kadar yang tinggi, mereka akan bayar lebih tetapi jika sesebuah rumah atau pejabat menggunakan sedikit, mereka akan dikenakan kadar yang kurang,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Pejabat Tenaga Jimat (LEO), Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi di Auditorium Parcel E di sini hari ini.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN