Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
LUAR NEGARA

ARKIB : 21/04/2006
Gunung Merapi dijangka meletup 10 hari lagi

Gunung Merapi dijangka meletup 10 hari lagi

YOGJAKARTA 20 April - Seorang ‘raja’ Yogjakarta raya yang dihormati, bandar yang terletak berdekatan dengan Gunung Berapi Merapi yang semakin aktif, mengeluarkan amaran ia akan meletup dalam tempoh 10 hari manakala pakar-pakar mengatakan bahawa gunung itu semakin “aktif”.

Meskipun peringatan-peringatan dikeluarkan, tanda amaran gunung setinggi 2,968 meter itu masih di tahap “berhati-hati”, satu peringkat di bawah status yang memerlukan pemindahan segera beribu-ribu penduduk di kawasan lereng gunung.

Peringatan Raja Sri Sultan Hamengku dijangka diterima dengan serius di sini, 18 kilometer dari kawasan Gunung Berapi Merapi, kerana kira-kira sejuta penduduk memberikan penghormatan besar ke atas beliau.

Beliau meramalkan bahawa gunung itu akan meletup dalam masa 10 hari lagi.

“Ini bukan ramalan misteri, tetapi berdasarkan data sainstifik dan pengalaman,” kata beliau yang dipetik oleh akhbar Media Indonesia.

Heru Suparwoko, salah seorang anggota pasukan pemantau gunung itu 24 jam hari memberitahu, aktiviti seismos Gunung Merapi terus meningkat, dan “lava gunung itu pula semakin aktif.”

Gunung itu pernah meletup pada tahun 1994 dan mengorbankan 60 orang manakala letupan pada tahun 1930 membunuh 1,300 orang.

– AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN