VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 20/04/2006

Fiesta Media Idola ‘06 tetap meriah walaupun kecoh

Fiesta Media Idola 2006 (FMI’06) di Kuantan, Pahang yang dimulakan acaranya pada 15 April lalu sudah pun melabuhkan tirainya pada 17 April lalu.

Tidak dapat dinafikan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Penganjur FMI’06, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman berjaya merealisasikan tujuan utama penganjuran karnival itu untuk menemukan pihak media dengan artis.

Tetapi apa yang dikesalkan adalah sikap segelintir pasukan yang melanggar peraturan dengan ‘mengimport’ atlet-atlet kebangsaan dan kelab-kelab sukan terkenal.

Ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pasukan. Tidak cukup dengan itu, berlaku beberapa insiden yang turut mencacatkan FMI’06.

Edry KRU, misalnya, semasa upacara penutup telah mengamuk di Stadium Darul Makmur apabila pasukannya di‘boo’ oleh pasukan lain. Ia hampir menimbulkan pergaduhan tetapi dapat dileraikan.

Di Stadium Sukpa, tempat berlangsungnya pertandingan bola jaring dan futsal, beberapa pasukan naik berang dan tidak puas hati dengan beberapa pasukan lain yang secara terang-terangan membawa masuk pemain yang bukan terdiri daripada artis dan orang media.

Barangkali banyak pasukan tidak memahami tujuan utama FMI’06 diadakan adalah untuk menghimpunkan para artis bersama pihak media serta bersukan sambil berhibur. Ia bukan satu kejohanan sukan yang melibatkan jaguh-jaguh sukan yang handal.

Tinggalkan seketika masalah yang berlaku di FMI’06. Kita fokuskan kepada tarikan utama FMI’06.

Tidak dapat dinafikan penyanyi Siti Nurhaliza yang bermain bagi pasukan Shahzan Muda merupakan tarikan utama FMI’06. Setiap kali Siti turun untuk bermain bola jaring mahupun berlari bagi acara 5 x 80 meter, setiap kali itu juga seluruh stadium bergema.

Ramai yang tabik ‘spring’ pada Siti Nurhaliza kerana dia begitu hebat bermain bola jaring. Aksinya yang bagaikan jaguh di gelanggang memang tidak dapat dinafikan.

Lebih menyeronokkan lagi apabila Cik Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latiff turut bermain bola jaring mewakili pasukan Shahzan Muda.

Pertambahan

FMI’06 kali kedua ini memperlihatkan pertambahan pasukan yang bertanding. Jika sebelum ini hanya sembilan pasukan, tapi tahun ini sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian.

Kumpulan Utusan, New Straits Times-Berita Harian (NST-BH), KRU Berhad, TV3, ntv7, The Star, Astro, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kelab Sukan Media Pahang (KSMP), Shahzan Muda dan Thr.fm berhimpun untuk satu tujuan iaitu bersukan.

Pelancaran FMI’06 di Stadium Darulmakmur, Kuantan pada malam 15 April lalu mengumpulkan kira-kira 40,000 penonton.

Upacara perasmian dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah diiringi oleh Tengku Mahkota Pahang, Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha dipentas utama.

Sesudah baginda melakukan titah perasmian, hampir 10 minit letupan dan percikan bunga api mewarnai ruang udara stadium diikuti sorakan gemuruh peminat.

Lebih hangat selepas itu apabila Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha (Duta FMI’06) berlari membawa obor kejohanan FMI’06 mengelilingi padang dan menyerahkannya kepada Tengku Muda bagi menandakan fiesta bermula.

Kehangatan selepas majlis pelancaran diteruskan dengan persembahan daripada Zahid, Ning Baizura, Rossa dan Melly Goeslow.

Bagi acara sukan, FMI’06, Piala FMI yang sebelum ini dimenangi oleh KRU telah berjaya dirampas oleh RTM yang turut menjadi juara bagi acara boling dan futsal.

KRU pula menjuarai acara bola sepak dan TV3 menjuarai acara bola jaring.

Buat pertama kalinya acara balapan diperkenalkan. Acara 100 meter lelaki dimenangi oleh kumpulan The Star manakala 80 meter wanita dimenangi oleh Berita Harian.

Acara 4 x 100 meter lelaki dimenangi oleh pasukan Utusan Malaysia dan 5 x 80 meter dijuarai oleh Berita Harian.

Detik penutup FMI’06 berlangsung dengan meriah di Stadium Darul Makmur. Ternyata para penonton yang hadir terhibur dengan persembahan daripada Mawi, Siti Nurhaliza dan Ahli Fiqir.

Biar apa pun yang berlaku, FMI’06 tetap berjaya dan sekalung tahniah kepada pihak penganjur yang berusaha sedaya upaya untuk memeriahkannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.