VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 16/04/2006

Nora Danish pilih Rizal


Nora Danish.


Sesi fotografi yang saya aturkan dengan pelakon drama bersiri Puteri, Nora Danish, 24, memakan masa yang agak lama, dari pagi sampai petang. Sehari suntuk Nora beraksi di hadapan kamera untuk menjadi penghias muka depan Pancaindera kali ini.

Jurufoto Shefry Moniz pula beberapa kali menggaru kepala kerana kering idea bagi mendapatkan aksi yang menarik.

Saya pula sudah dua tahun tidak melakukan sesi fotografi agak sukar untuk menyuruh artis beraksi. Bagaimanapun fotografi muka depan kali ini berjalan lancar walaupun wajah Nora agak ‘muncung’ kerana kepenatan.

Namun dia dapat memberi aksi yang menarik untuk peminat setianya.

“Selepas ini Nora ada temu janji di TV3 pula,” kata ibunya, Salimah Talib, 46, yang menjadi pengikut setia Nora. Tetapi, apabila mula berbicara, Nora mula melebarkan senyuman. Maklum sahajalah beberapa bulan lagi gadis ini akan bergelar raja sehari.

Umum sudah mengetahui jejaka pilihan hati Nora adalah anak seorang VIP tetapi sebelum ini Nora belum bersedia untuk bercerita mengenainya.

Mungkin kini sudah tiba masanya, kata Nora, beliau sudi untuk berkongsi kisah percintaannya dengan peminat. Malah gadis ayu kacukan Arab-Myanmar ini percaya, sesuatu yang baik itu lebih molek diheboh-hebohkan apatah lagi yang berkaitan dengan perkahwinan.

“Biarlah kita berterus terang soal perkahwinan agar orang mendoakan kebaikan kita di samping mengelakkan fitnah,” ujar Nora memulakan bicara.

Jelas Nora, dia kini berkawan dengan Rizal Ashram Ramli, 30, anak Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Majlis pernikahan dan bertunang dijadual diadakan serentak pada 20 Jun depan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Manakala majlis persandingan pula pada 20 Julai di sebuah pusat konvensyen di Kuala Lumpur.

* Tak percaya Rizal anak orang kenamaan

Menurut Nora, dia tidak pernah mengimpikan untuk berkahwin dengan anak orang ternama. Baginya, kebanyakan anak orang kaya itu tidak jujur orangnya dan mempunyai pasangan lebih daripada seorang.

Malah Nora juga tidak gemar lelaki yang terlalu berkarisma ataupun bahasa orang muda-muda sekarang “mat skima”. Sebelum ini pun kekasih Nora ialah budak kolej yang lebih muda daripadanya.

“Saya suka orang biasa yang kelakar dan boleh bergurau senda. Saya tak boleh berkawan dengan orang yang nampak pendiam dan terlalu berkarisma. Itu bukan selera saya.

“Juga bukan anak orang kaya. Bukan pilihan kerana pada saya mereka itu mesti ramai peminat dan ada kekasih lebih daripada satu,” katanya.

Bagaimanapun segala-galanya berubah apabila Nora bertemu dengan Rizal. Detik perkenalan melalui seorang teman itu akhirnya akan membawa mereka ke jenjang pelamin.

Cerita Nora, kali pertama mengenali Rizal, dia tidak mempunyai perasaan terhadapnya sebaliknya hanya boleh menerima Rizal sebagai kawan biasa.

Bagaimanapun selepas empat bulan mereka berkenalan, hatinya mula terpaut kepada Rizal.

* Tidak seperti orang tua

Kata Nora, walaupun umur kekasihnya itu sudah 30 tahun tetapi dia mempunyai sifat seperti budak-budak remaja.

Pemikirannya tak macam orang tua menyebabkan hati Nora mudah terpaut.

“Saya tak sangka walaupun umur Rizal telah dewasa tetapi cara pemikiran dan perwatakannya seperti orang muda.

“Ciri-ciri yang saya suka seperti bersifat kelakar itu ternyata ada pada Rizal. Dia juga banyak beri saya nasihat.

“Saya mengambil masa empat bulan untuk mengenalinya dan sebelum mempunyai perasaan terhadapnya.

“Walaupun ibu dan bapanya orang berada, Rizal tidak suka menunjuk-nunjuk.

“Beberapa bulan saya mengenalinya, saya tidak tahu dia anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat sehinggalah ketika saya dijemput untuk makan tengah hari di rumah keluarganya di Ampang, Selangor,” katanya.

Menurut Nora, semasa dia dibawa untuk menikmati makan tengah hari itu, ahli keluarga kekasihnya itu melayannya dengan baik.

Ketika di rumah itulah segala-galanya terbongkar dan barulah Nora tahu siapakah Rizal yang sebenarnya.

“Ibu Rizal baik, begitu juga adik-beradiknya yang lain. Ketika di rumah itu barulah saya tahu dia adalah anak seorang Yang Berhormat selepas melihat gambar-gambar di dalam rumah itu terutamanya gambar ayah Rizal,” jelasnya.

* Siapakah Rizal?

Bercerita lanjut mengenai bakal suaminya itu kata Nora, memadailah dia memberitahu Rizal adalah anak sulung daripada empat beradik kepada Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Jelasnya, Rizal merupakan graduan dari sebuah universiti di luar negara dan sekarang menguruskan perniagaan jual-beli kereta di Kuala Lumpur. Kekasihnya itu kata Nora, baru dua tahun pulang dari luar negara.

* Ibu minta jaga anak yatim

Mungkin ramai tidak mengetahui Nora yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik ini telah menjadi anak yatim sejak 12 tahun lalu.

Ayahnya berketurunan Arab merupakan seorang jurutera dan meninggal dunia di Amerika Syarikat ketika sedang bertugas akibat serangan penyakit jantung.

Ketika kejadian itu, hanya ibu Nora - Salimah sahaja yang melawat Allahyarham yang disemadikan di sebuah tanah perkuburan Islam di negara tersebut.

Salimah berkata, dia seorang yang bersifat sederhana dan bukan pemilih. Begitu juga dalam menentukan siapakah menantunya.

“Bagi auntie, siapa sahaja Nora nak berkawan, auntie tak menghalang. Apa yang auntie inginkan ialah melihat mereka bahagia dengan keputusan yang mereka sendiri lakukan.

“Jodoh Nora dengan Rizal adalah ketentuan Allah dan auntie berharap mereka bahagia. auntie tidak mengenakan syarat kepada Rizal dan juga keluarganya sekiranya mereka berkenan dengan anak auntie.

“Auntie juga tidak mengimpikan hantaran yang tinggi. Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan sendiri.

“Apa yang auntie harapkan suami Nora nanti dapat menjaga anak yatim ini baik-baik kerana auntie tiada siapa di sini.

“Keluarga auntie semuanya di Myanmar dan keluarga Allahyarham suami auntie pula di Arab. Auntie mengharapkan anak-anak sebagai tempat untuk auntie mencurah kasih sayang walaupun selepas mereka berkahwin,” katanya.

* Buktikan kemampuan berlakon

Selepas berjaya dalam drama bersiri Puteri, Nora turut berlakon dalam filem Senario – Pencari Emas Yamashita. Filem lakonan Nora itu akan ditayangkan di pawagam pada 18 Mei depan dan dia memegang watak sebagai doktor sakit jiwa.

Filem tersebut diarahkan oleh Aziz M. Osman terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Kata Nora, watak itu benar-benar mencabar dan dia telah buktikan kemampuan untuk muncul menerusi sebuah filem komedi.

“Filem ini benar-benar menguji kemampuan saya sebagai pelakon kerana skripnya itu agak berat selain saya diberi peluang untuk beraksi dengan nama-nama besar dalam Senario,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.