VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 07/04/2006

Rawatan herba untuk Hepatitis B


MOHD KAMARUZAMAN CHE HUSSAIN menunjukkan beberapa produk yang dikeluarkan oleh Pusat Perubatan Herba Al-Jabbar.


ALAM ciptaan Allah s.w.t. mengandungi rahsia dan misteri yang perlu diterokai oleh manusia. Tumbuh-tumbuhan hijau misalnya bukan sekadar melatari pemandangan indah di muka bumi ini tetapi terkandung khasiat tersembunyi.

Perkembangan bidang sains dan teknologi dilihat mampu mengungkap misteri di sebalik tumbuh-tumbuhan herba yang diyakini mampu menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit.

Ini bersesuaian dengan perintah Allah s.w.t. yang menggalakkan umat Islam berusaha dan bertawakal mencari jalan untuk menyembuhkan penyakit.

Kini, terdapat pelbagai kaedah perubatan ditawarkan sama ada moden atau pun tradisional. Justeru, kaedah merawat penyakit menggunakan ubat-ubatan herba yang dikomersialkan mula mencuri perhatian di kalangan penduduk negara ini.

Pengasas Pusat Perubatan Herba Al-Jabbar, Mohd Kamaruzaman Che Hussain mula melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan perubatan herba sembilan tahun lalu.

Berasaskan keyakinan diri dan pengetahuan dalam kajian herba, beliau berjaya menghasilkan produk Jabbar Hidayah Hepatitis B (HB) khusus untuk merawat hepatitis B iaitu penyakit hati.

Wartawan Zunaidah Zainon dan jurugambar Husin Ibrahim mengunjungi pejabat beliau baru-baru ini.

Utusan: Bagaimanakah perniagaan ini bermula?.

Mohd. Kamaruzzaman: Sepanjang lima tahun di Indonesia, saya belajar mengenali pelbagai jenis herba dan khasiatnya. Saya merantau hampir segenap pelosok Indonesia untuk mencari herba-herba tersebut.

Selain itu, saya juga banyak membaca buku mengenai perubatan dan kaedah rawatan. Tidak ketinggalan, saya merujuk ensiklopedia dan bagaimana hendak mengkomersialkan herba.

Setelah melakukan kajian selama dua tahun lapan bulan, akhirnya, saya mengeluarkan produk pertama iaitu Jabbar Hidayah HB. Produk ini dapat merawat penyakit hepatitis B seperti hati mengeras atau membengkak. Hepatitis B lebih dikenali sebagai penyakit radang hati.

Dalam hal ini, keluarga banyak membantu terutama dari segi kajian mengenai herba-herba baru. Bagi kami, yang paling penting ialah mengeluarkan ubat yang halal dan selamat dimakan oleh orang Islam.

Mengapa berminat dengan perniagaan berasaskan perubatan herba?

Saya suka membantu orang lain. Pengalaman berhadapan dengan seorang anak kecil yang menderita penyakit hepatitis B membuka pintu hati saya untuk melakukan sesuatu supaya mereka cepat sembuh.

Kita pun tahu, kos pembedahan untuk merawat penyakit hati agak tinggi dan tidak ramai yang berkemampuan. Jadi, saya mengharapkan Jabbar Hidayah HB boleh menjadi alternatif kepada rawatan penyakit hati.

Apakah usaha untuk meyakinkan pengguna mengenai Jabbar Hidayah HB?

Untuk meyakinkan pengguna bahawa produk ini berkesan adalah cabaran utama yang perlu saya tempuhi.

Mereka yang sudah mencuba, memberi respons positif tentang kelebihan Jabbar Hidayah HB yang diyakini mampu merawat penyakit hati. Malah kesakitan yang dialami juga semakin berkurangan. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Bagaimana pula dari segi keberkesanan kaedah perubatan berasaskan herba?

Seperti yang kita ketahui, herba tidak mempunyai sebarang bahan kimia kerana ia berasal dari alam semula jadi. Sesiapa yang mengambil ubat-ubatan herba akan merasai perbezaannya berbanding mengambil ubat-ubatan moden.

Herba boleh membantu membaiki saraf-saraf yang rosak. Ia bertindak dengan melawan penyakit hingga sembuh dan bukannya untuk bertahan daripada penyakit.

Setakat ini, kami sudah menggunakan hampir 200 ramuan herba dalam semua produk Jabbar Hidayah. Kebanyakan sumber berada di Malaysia dan sebahagiannya diimport dari Myanmar, contohnya buah bidadari merah.

Apakah pandangan anda mengenai penggunaan herba di negara ini?

Sejajar dengan perkembangan bidang bioteknologi, ia membuka lebih banyak ruang untuk kajian dijalankan ke atas herba-herba yang masih belum dikembangkan secara komersial.

Sebagai pembuat herba, kita perlu menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk kembangkan herba-herba yang bermanfaat yang belum dapat disesuaikan dengan iklim negara ini.

Malah herba dari alam semula jadi umpama satu nikmat Allah s.w.t. yang tidak terhingga kepada umatnya. Sekiranya kita melakukan dengan cara yang betul, ia akan memberi manfaat kepada manusia.

Selain Jabbar Hidayah HB yang boleh merawat hepatitis B, apakah produk-produk lain yang dikeluarkan?

Kami juga ada mengeluarkan produk untuk rawatan virus HIV iaitu Jabbar SV-10, Jabbar Bayu (merawat penyakit angin), Jabbar Kasturi (kencing manis), Jabbar Maya 99 (tekanan darah tinggi) dan Jabbar Raudah (resdung). Selain itu, khasiat ubi bidadari putih merupakan ramuan utama Jabbar Ayuni 02 khusus untuk kesihatan wanita manakala Jabbar 101 untuk lelaki pula menggunakan khasiat ubi bidadari merah. Pengguna yang ingin mendapatkan ramuan herba semula jadi untuk memecah dan membakar lemak berlebihan dalam badan boleh didapati melalui produk Jabbar Slimo Cap 60. Jabbar Slimo Gel pula digunakan untuk mengatasi masalah perut buncit, paha dan betis menggelebeh. Mereka yang berminat, boleh menghubungi kami di 03-87379476.

Sebagai usahawan Muslim, apakah aspirasi anda dalam bidang perniagaan?

Saya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. dan bertuah kerana dapat membangunkan Pusat Perubatan Herba Al-Jabbar serta menghasilkan pelbagai produk Jabbar Hidayah.

Sebagai seorang usahawan Muslim, saya perlu membantu orang yang dalam kesusahan tanpa mengira batas agama dan keturunan. Ini adalah matlamat saya dalam usaha membangunkan perniagaan ini. Malah dengan tertubuhnya pusat perubatan ini, secara tidak langsung, ia turut membuka peluang perniagaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin menjadi stokis produk Jabbar Hidayah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.