ARKIB : 26/03/2006
Cemas memburu sisa emas
![]() |
|
GIMNAS Malaysia, Durratun Nashihin (kiri) bersama pemenang pingat emas, Alexandra Orlando (tengah) dan Yana Tsikaridze yang menang gangsa dalam acara gimrama, semalam. |
MELBOURNE - Sukan Komanwel edisi ke-18 akan ditutup dengan rasminya hari ini dengan kontinjen Malaysia yang dianggotai seramai 95 atlet lelaki dan 75 wanita yang bersaing sejak hari pertama pada 15 Mac lalu dilihat begitu sukar untuk memenuhi sasaran membawa pulang 10 pingat emas.
Semalam, sehari sebelum upacara penutup, Malaysia kekal dengan empat emas, tujuh perak dan tujuh gangsa.
Ini selepas kita hanya mampu menokok satu perak sahaja semalam menerusi Durratun Nasihin Rosli dalam acara gimrama individu keseluruhan.
Lain-lain atlet yang beraksi semalam tercicir jauh di belakang. Bryan Nickson Lomas menduduki tempat keenam acara terjun 10 meter platform lelaki dan Cheong Jun Joong di tempat ke-12 acara 3 meter papan anjal wanita.
Harapan untuk menokok gangsa juga musnah apabila pasangan beregu campuran negara, Koo Kien Keat-Wong Pei Tty tumpas kepada beregu Singapura, Hendry Kurniawan-Li Yujia 14-21, 23-21, 6-21 dalam penentuan tempat 3/4.
Roslinda Samsu pula sekadar mampu menduduki tempat keempat dalam acara lompat bergalah wanita walaupun mencipta rekod baru kebangsaan 4.25 meter.
Rekod lama miliknya sendiri adalah 4.20 meter.
Dengan dua lagi emas badminton yang sudah pasti muncul hari ini menjadikan jumlah keseluruhan enam emas - satu pencapaian yang mendekati prestasi di Manchester, England empat tahun lalu ketika Malaysia membawa pulang tujuh pingat emas.
Bonus dua lagi emas menanti di gelanggang badminton menerusi acara perseorangan dan beregu wanita dengan gimnas negara turut dijadikan pertaruhan ketika Malaysia mulai cemas untuk memburu sisa emas terakhir.
Atlet gimrama negara Durratun Nashihin, Foong Seow Ting dan Lim Wen Chean diharap menjadi penyelamat walaupun cabaran dilihat agak sukar.
Namun selepas mereka menyumbang dua pingat perak menerusi acara berpasukan (kelmarin) dan individu keseluruhan menerusi Durratun semalam, tidak mustahil ketiga-tiga gimnas ini dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu emas ketika mengharungi empat disiplin terakhir - tali, bola, belantan dan riben yang menawarkan pingat, hari ini.
Dalam acara badminton hari ini, Lee Chong Wei akan bertemu Wong Choong Hann untuk merebut emas perseorangan sementara pasangan veteran Choong Tan Fook dan Choong Hann menentang gandingan Chan Choong Ming dan Koo Kien Keat.
Wong Mew Choo dan dan pasangan Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui turut beraksi dalam perlawanan akhir, masing-masing untuk acara perseorangan wanita dan beregu yang mungkin boleh menghasilkan emas.
Hanya badminton dan gimrama dilihat berpotensi untuk menghasilkan pingat emas dengan acara-acara lainnya seperti hoki dan lumba basikal lebuh raya sekadar menjadi pelengkap jadual.
Atas kertas, peluang Malaysia untuk memenangi 10 pingat emas mungkin sudah terlalu lewat tetapi untuk menyamai pencapaian di Manchester dengan tujuh emas - peluang tetap ada dan masih terbuka.
Malaysia memenangi 10 pingat emas sewaktu Kuala Lumpur menjadi tuan rumah edisi ke-16 Sukan Komanwel pada tahun 1998 yang lalu dengan jumlah itu dijadikan sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
- Mingguan
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Rekod bukan lagi jaminan
Indonesia mudah jinakkan India
Anuar janjikan emas jika tersenarai
Wee Wern sasar suku akhir Terbuka Britain
Kriket: Kota Kinabalu bersedia tonjol keperkasaan
Kita bakal miliki velodrom tertutup
Taiwan malukan Malaysia
Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur
Malang timpa Zulfahmi di Le Mans
Tanpa Lin Dan, tiada masalah!
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











