VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 26/03/2006

Vaginitis: Rungutan, jenis dan rawatan


KERADANGAN faraj dipanggil vaginitis. Ramai wanita mengalami dan merungut mengenai discaj atau lelehan yang keluar melalui faraj khususnya wanita yang berada pada julat reproduksi. Artikel ini akan menyentuh tentang:

* Rungutan yang diluahkan oleh mereka yang menghidap vaginitis

* Jenis-jenis perawatan

* Bagaimana untuk mengurangkan risikonya.

Faraj

Adalah satu perkara yang normal sekiranya faraj puan didapati mempunyai cecair jernih ataupun sedikit keputihan terkeluar.

Cecair ini bertujuan melembapkan persekitaran dalaman faraj agar ia berada di dalam situasi fisiologi yang optimum.

Faraj mempunyai mikro organisma yang berada di dalam satu populasi seimbang. Kehadiran faktor-faktor di bawah bagaimanapun akan menjejaskan keseimbangan ekologi ini.

* Antibiotik

* Perubahan paras darah hormon

* Mengandung

* Menyusu badan

* Putus haid atau menopaus

* Tabiat suka memasukkan cecair ke dalam faraj untuk tujuan pembersihan

* Spermisid - bahan kimia pembunuh sperma, digunakan semasa persetubuhan

* Persetubuhan

* Infeksi atau jangkitan.

Perubahan keseimbangan ekologi dalaman faraj menyebabkan berlakunya dominasi sesuatu organisma, sama ada yis mahupun bakteria.

Ini akhirnya menyebabkan keradangan dinding lapisan faraj, seterusnya mengakibatkan kegatalan, bau yang tidak menyenangkan serta discaj atau lelehan cecair yang banyak keluar dari faraj.

Diagnosis

Doktor perlu membuat pensampelan lelehan dari faraj, untuk dihantar ke makmal mikrobiologi dan juga untuk dilihat di bawah mikroskop.

Ujian-ujian lain akan dicadangkan untuk mengenal pasti mikrob penyebab.

Bagi memastikan ujian dan keputusan yang terhasil itu tepat, puan dinasihatkan supaya tidak membersihkan faraj dengan memasukkan apa-apa bahan pencuci ke dalam faraj, tidak memasukkan ubat-ubatan ke dalam faraj ataupun spermisid sebelum berjumpa dengan doktor.

Perawatan

Rawatan bergantung kepada jenis organisma yang terlibat. Rawatan mungkin dalam bentuk pil, krim ataupun gel yang dimasukkan ke dalam faraj.

Adalah penting pesakit mematuhi arahan perawatan walaupun semasa dalam perawatan tersebut rungutan lelehan puan hilang ataupun berkurangan.

Walaupun secara fizikalnya lelehan itu hilang, mungkin penyakit itu masih aktif tetapi berada dalam keadaan dorman (keadaan pasif sebelum menjadi aktif) disebabkan oleh kesan ubat.

Sekiranya puan akur dengan arahan tetapi permasalahan tetap berterusan, berjumpalah dengan doktor yang sama sekali lagi. Mungkin perawatan lain akan diberikan atau mungkin juga puan akan dirujuk untuk perawatan khusus.

Jenis-jenis vaginitis

-Infeksi oleh yis

Infeksi yis juga dikenali sebagai kandidiasis, iaitu salah satu daripada infeksi yang biasa di faraj.

Penyebabnya: Sejenis kulat yang dinamakan Candida yang terdapat di dalam faraj tetapi dalam jumlah populasi yang kecil.

Apabila persekitaran mikro berubah, keseimbangan organisma turut berubah seterusnya berlaku dominasi Candida dan rungutan puan.

Setengah-setengah antibiotik boleh meningkatkan dominasi Candida. Antibiotik ini membunuh organisma lain yang mengimbangi persekitaran dalaman faraj.

Keadaan lain seperti mengandung dan kencing manis juga mengubah persekitaran dalaman dan seterusnya kepada dominasi Candida.

Pengimunan dan ketahanan badan juga memainkan peranan penting. Contohnya bagi mereka yang menderita HIV, dominasi Candida berlangsung walaupun pelbagai

perawatan diberikan.

Rungutan/keluhan: Rungutan utama adalah kegatalan dan juga rasa panas di kawasan luaran faraj yang dikenali sebagai vulva.

Rungutan ini bertambah dengan aktiviti pembuangan air kecil dan juga perhubungan kelamin.

Sementara itu, kawasan luar faraj akan kelihatan merah dan bengkak. Lelehan cecair yang keluar dari faraj biasanya putih dan tidak berbau.

Rawatannya: Rawatan diberikan sama ada dalam bentuk pil ataupun ubat yang perlu dimasukkan ke dalam faraj. Lazimnya, suami puan tidak perlu dirawat.

Pastikan puan berjumpa doktor sekiranya:

* Ini merupakan kali pertama puan mengalami lelehan melalui faraj

* Rungutan dan keluhan tidak hilang walaupun puan akur dengan perawatan

* Lelehan faraj yang keluar berwarna kuning atau hijau ataupun berbau

* Kebarangkalian daripada sejarah kesihatan dan sosial yang mana, puan mungkin mengalami penyakit tularan seksual.

Harus diingat, tidak semestinya kulat yis Candida ini menjadi penyebabnya. Punca menjadi satu kesukaran sekiranya puan telah menerima perawatan untuk gejala yang sama.

-Infeksi bakteria vaginosis

Penyebabnya: Organisma yang menyebabkan bakteria vaginosis adalah bakteria yang hadir secara semula jadi di dalam faraj. Disebabkan dominasi yang dirancakkan oleh faktor-faktor tertentu, bakteria vaginosis berlaku.

Rungutan/keluhan: Keluhan utama merupakan satu bau yang kuat seakan-akan bau hanyir ikan.

Baunya bertambah kuat semasa datang haid ataupun selepas melakukan hubungan seks bersama suami.

Lelehan yang keluar biasanya nipis, berwarna kegelapan atau kekelabuan, mungkin juga dengan warna kehijauan.

Biasanya kalau dalam jumlah yang sedikit, kehadirannya tidak menggatalkan kawasan luaran faraj.

Perawatannya: Ada banyak antibiotik yang boleh digunakan seperti metronidazole dan clindamycin yang biasa digunakan.

Cara perawatan boleh dilakukan secara oral mahupun sebagai ubat yang dimasukkan ke dalam faraj.

Metronidazole memberikan kesan yang tidak selesa apabila diambil secara oral. Rasa loya dan mual, muntah-muntah dan air kencing berwarna gelap merupakan kesan penggunaan ubat tersebut.

Meminum minuman beralkohol ditegah sama sekali. Jika ingkar, kesan sampingan metronidazole menjadi lebih serius.

Biasanya, pasangan lelaki tidak perlu dirawat tetapi sekiranya puan berulang kali mendapat infeksi tersebut, si suami juga perlu mendapatkan rawatan lanjutan.

Bakteria vaginosis boleh menjangkiti puan berulang kali, kadangkala memerlukan perawatan yang lama dan berlanjutan.

Penyakit tularan seksual lain perlu diuji seandainya bakteria vaginosis menyerang berulang kali.

-Infeksi trichomoniasis

Penyebabnya: Disebabkan oleh parasit mikroskopik yang dipanggil trichomonas vaginalis yang disebarkan melalui hubungan kelamin.

Berkemungkinan puan juga terdedah kepada penyakit tularan seksual yang lain. Ujian lanjutan mungkin diperlukan.

Rungutan/keluhan: Lelehan cairan faraj yang dikeluarkan berwarna kuning kekelabuan ataupun berwarna hijau. Lelehan ini berbau seperti ikan.

Puan mungkin juga merungut seperti rasa panas di kulit, kegatalan dan kepedihan, kemerahan dan pembengkakan di luar faraj. Semasa membuang air kecil, kesakitan boleh dirasai.

Perawatan: Metronidazole juga digunakan. Minuman beralkohol ditegah semasa perawatan. Pasangan lelaki juga perlu dirawat.

-Atrophic vaginitis

Bukan disebabkan oleh mana-mana infeksi. Ia berlaku semasa paras hormon wanita estrogen rendah, contohnya semasa tempoh penyusuan badan dan juga selepas menopaus.

Keadaan ini juga dibebani dengan lelehan cecair faraj berlebihan dan juga kepedihan di bahagian faraj. Kadangkala kulit di kawasan faraj menjadi kering dan akibatnya dirasai seperti panas dan kepedihan.

Keadaan ini dirawat dengan hormon estrogen yang boleh dimasukkan ke dalam faraj. Lubrikasi yang berasaskan air boleh digunakan untuk mengurangkan rasa kepedihan semasa hubungan kelamin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.