VERSI : Mobile | Akhbar Digital
15 September 2014 / 20 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 01/03/2006

Telefon baru Nokia tawarkan model boleh lipat

SELAMAT datang kepada lima lagi keluarga terbaru daripada siri telefon bimbit Nokia. Seperti yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan peminat telefon bimbit daripada pengeluar telefon terbesar di dunia ini, lima model terbaru tersebut bakal menemui pengguna secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, hentikan dulu imaginasi tinggi anda terhadap kecanggihan reka bentuk model terbaru ini kerana ia mungkin akan mengecewakan anda yang mengharapkan ciri-ciri futuristik atau paling tidak sesuai dengan gaya moden semasa.

Ini kerana, kesemua model terbaru Nokia ini boleh dikatakan terlalu biasa dan hampir menyerupai kebanyakan telefon bimbit lain di pasaran.

Namun, itu bukanlah ukuran sebenar kepada pengguna untuk memiliki model terbaru ini, kerana yang lebih penting ia sebenarnya menawarkan persembahan aplikasi dan perisian serta ciri-ciri dalaman lain yang sungguh mengagumkan.

Malah, sesuai dengan kelebihan itu juga, lima model ini diperkenalkan buat pertama kalinya di Asia Pasifik kepada sekumpulan wartawan dan vendor serantau pada satu majlis yang cukup eksklusif bertemakan ‘Toast to the Classic’ di ibu negara baru-baru ini.

Perisian

Menurut Timbalan Presiden, Pengurusan Pemasaran dan Pelanggan Asia Pasifik Nokia, Mauro Montanaro, pelancaran model terbaru itu merupakan kesinambungan inovasi Nokia dalam menawarkan telefon bimbit yang dilengkapi dengan perisian dan kelebihan yang menyokong keperluan hidup semasa.

“Kesemua model ini juga disasarkan kepada pengguna yang ingin mencuba aplikasi terbaru dan beralih daripada telefon bimbit asal mereka dan ia dijangka tidak menghadapi masalah untuk diterima memandangkan sifatnya yang mesra pengguna,” katanya.

Mendahului inovasi terkini daripada siri model terbaru itu pastinya Nokia 6233, satu-satunya model yang menyokong aplikasi 3G daripada lima model yang baru diperkenalkan berkenaan.

Setanding dengan model 3G terdahulu, Nokia 6233 ini turut menawarkan capaian kepada kandungan video dan audio multimedia tanpa batasan termasuk memuat turun pelbagai fail, MP3 atau nada dering dengan pantas.

Reka bentuk luarannya yang dibina daripada stainless steel memperlihatkan keteguhan dan keyakinan model seberat 110 gram ini ditambah dengan kamera 2 megapiksel yang tersisip menarik di bahagian belakang.

Sesuai dengan fungsinya yang menyokong aplikasi WDCMA, Nokia 6233 ini juga didatangkan dengan skrin warna 320 x 240 QGVA untuk paparan berkualiti tinggi, pemain muzik digital dan kelebihan jalur lebar yang lain.

Penggemar muzik juga boleh mendengar lagu daripada album artis kesayangan mereka yang disimpan di dalam kad memori microSD sehingga 2 GB dengan pengalaman audio daripada pembesar suara terbina dalam dan suara 3-D.

Seperti kebanyakan model terdahulu Nokia, model 6070 pula menawarkan keupayaan asas kamera dan radio FM dengan paparan warna yang besar serta antara muka pengguna daripada siri terkemuka Nokia Series 40.

Ia juga didatangkan dengan fungsi asas telefon bimbit yang mesra pengguna termasuk SMS, MMS, mesej audio Nokia Express, e-mel dan mesej segera manakala ciri-ciri komunikasi audio seperti push to talk, rakaman suara dan pembesar suara bebas tangan pula dipertingkatkan menggunakan antara muka infra red.

Bagai lari daripada kebiasaan, Nokia kali ini turut memperkenalkan tiga model telefon bimbit boleh lipat (flip) sekali gus iaitu masing-masing 6131, 6125 dan 6103.

Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan inovasi telefon bimbit Nokia, tentu mereka menyedari model jenis flip bukanlah kebiasaan yang diperkenalkan oleh Nokia, namun model terbaru ini ternyata boleh dibanggakan walaupun ia kelihatan hampir sama dengan model lain di pasaran.

Nokia 6131, misalnya, direka bentuk dalam gaya klasik moden dengan gabungan elemen yang menjadikannya kelihatan padat, kemas dan nipis dengan ruang papan kekunci yang elegan.

Sebagai tambahan kepada penggemar muzik daripada telefon bimbit, Nokia 6131 turut dibangunkan dengan pemain muzik digital terbina dalam dan radio FM yang menyokong Visual Radio.

Kamera 1.3 megapiksel model ini juga dilengkapkan dengan zoom optikal sehingga 8 kali dan rakaman yang dibuat pula boleh dilihat sama ada melalui skrin di bahagian luar atau di dalam telefon.

Ciri-ciri lain termasuk teknologi tanpa wayar Bluetooth, e-mel pelanggan dengan attachment, slot kad memori untuk hot-swappable microSD, mesej audio Nokia Xpress dan sambungan push to talk. Dengan ciri-ciri yang hampir sama juga, dua lagi model iaitu 6125 dan 6103 turut didatangkan dengan kamera 1.3 megapiksel serta zoom optikal sehingga 8 kali dan kamera VGA.

Bagi anda yang tidak sabar-sabar ingin mengenali keluarga terbaru Nokia ini, anda perlu menunggu sehingga pertengahan tahun ini apabila kesemua model ini dijangka akan berada di pasaran tempatan dengan tawaran harga yang kompetitif.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.