|
ARKIB : 01/03/2006 Kompleks RM1b latih anggota PGKLUMUT 28 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membina sebuah kompleks latihan serba canggih bernilai RM1 bilion di Bentong, Pahang khusus untuk melatih anggota Pasukan Gerakan Khas (PGK). Pemangku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Deputi Komisioner (DCP) Mohd. Anuar Md. Zain berkata, pihaknya telah memohon peruntukan untuk membina kompleks tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). ``Pucuk pimpinan PDRM sedar peranan penting PGK dalam menangani pelbagai masalah negara. Justeru, kita telah memberi perhatian untuk membesarkan keanggotaan, melengkapkan prasarana dan peralatan bagi kegunaan pasukan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Majlis Penyampaian Sijil dan Tamat Kursus Despatcher/Asas Rappelling Siri 1/2006 69 Komando, PGK di Pangkalan Polis Marin Kampung Acheh, di sini hari ini. Turut hadir ialah Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner II Shamsuddin Mahmud; Timbalan Komander PGK, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Fuad Abu Zarim; Pemangku Komander Unit Udara PDRM, ACP Chuah Ghee Lye dan Komander Sekolah Latihan PGA Ulu Kinta, Supritendan Mohd. Yusoff Disa. Pada majlis itu, seramai 13 peserta kursus despatcher dan 55 peserta kursus asas rappelling menerima sijil selepas berjaya menamatkan kursus masing-masing. Peserta kursus despatcher menjalani latihan mulai 9 Januari lalu, manakala kursus asas rappelling dijalankan pada 27 Januari lalu.
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|