Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 23/02/2006
Ibu bapa Puteri Alia akan disiasat lagi

Ibu bapa Puteri Alia akan disiasat lagi

KULIM 23 Feb. - Polis akan mengambil keterangan kali kedua daripada ibu bapa kanak-kanak sindrom Down yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam dipercayai akibat didera.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Haris Kamaruddin berkata, Mohd. Jasni Abidin, 35, dan Siti Rufina Alias, 25, dipanggil semula berdasarkan laporan Pakar Patologi HPP yang mempercayai anak mereka, Puteri Alia, 2, menjadi mangsa dera.

Menurutnya, ibu bapa berkenaan telah dipanggil kali pertama pada 14 Februari lalu untuk membantu siasatan selepas mendapat laporan dari Hospital Kulim.

``Polis akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,'' katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pakar Patologi HPP, Dr. Bhupinder Singh berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk.

Terjatuh

Laporan tersebut mendapati pendarahan di dalam kepala dan otak kanak-kanak itu yang terbuka bukan disebabkan terjatuh dari sofa dan terhentak ke lantai seperti yang didakwa oleh ibu bapa mangsa.

Bhupinder menambah, kecederaan di kepala Puteri Alia itu adalah akibat dipukul dengan benda tumpul atau ditolak sehingga terkena objek tumpul.

Kanak-kanak itu dimasukkan ke HPP pada 12 Februari lalu selepas mendapat rawatan awal di Hospital Kulim.

Bagaimanapun Mohd. Jasni menafikan kecederaan anaknya akibat didera.

Haris berkata, polis masih belum menetapkan tarikh untuk memanggil ibu bapa mangsa kali kedua untuk siasatan lanjut.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN