VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 11/02/2006

Kita hendak jambatan baru ganti Tambak Johor

KUALA LUMPUR 10 Feb. - ``Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan (baru) sama ada bengkok, lurus atau herot,'' kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tegas Perdana Menteri, Malaysia memerlukan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Perdana Menteri memberitahu, sehubungan itu beliau menyerahkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk mengadakan rundingan dengan Singapura.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Memorial Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga negara di Jalan Dato Onn di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas mengenai syarat Singapura yang mahukan pasir dan pembukaan ruang udara Malaysia untuk pesawat pejuang negara itu sebagai syarat persetujuan bagi pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Malaysia memutuskan akan meneruskan cadangan membina jambatan bagi menggantikan Tambak Johor tanpa menunggu kata putus daripada Singapura bagi melengkapkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baru yang akan siap tidak lama lagi.

Tindakan itu menyebabkan Singapura menghantar nota bantahan pihak ketiga bagi mendapatkan penjelasan mengenai tindakan Malaysia.

Kontraktor projek itu, Gerbang Perdana Sdn. Bhd (GPSB), baru-baru ini mengesahkan telah menerima arahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 18 Januari lalu untuk memulakan kerja-kerja kajian tanah dasar laut yang tertangguh sejak 2004, sebelum melaksanakan kerja fizikal untuk pembinaannya.

Jambatan itu dijangka siap pada 2009 dan menelan belanja melebihi RM600 juta.

Perdana Menteri menjelaskan, jambatan itu diperlukan bagi membolehkan kawasan pantai di Tambak Johor itu indah, bersih dan air tidak tersekat serta kapal boleh melaluinya.

Sementara itu mengenai Projek Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) Perdana Menteri memberitahu, semua projek-projek yang telah dimulakan perlu dilaksanakan sehingga siap.

Jelasnya, projek-projek itu perlu dilaksanakan sehingga selesai walaupun kerajaan akan melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

``Terdapat projek-projek RMK-8 dijalankan secara fasa, oleh itu ia akan diteruskan walaupun projek RMK-9 dilaksanakan.

``Kerajaan sedar bahawa projek itu akan mengambil masa untuk disiapkan tetapi saya menegaskan, jangan ambil tidak tahu mengenai projek RMK-8, ia perlu dilaksanakan sehingga habis,'' katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.