VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 10/02/2006

Akhbar Sarawak Tribune ditutup


KUCHING 9 Feb. - Akhbar Sarawak Tribune yang berusia 61 tahun akhirnya `berkubur' apabila lembaga pengarahnya memutuskan untuk menutup akhbar berkenaan kerana malu dengan karikatur menghina Nabi Muhammad yang diterbitkan Sabtu lepas.

Penasihat Editorial Sarawak Tribune, Senator Datuk Idris Buang yang mewakili lembaga pengarah berkata, keputusan itu dibuat sebagai menunjukkan kekesalan dan malu yang tidak terhingga terhadap kesilapan tersebut.

``Walaupun arahan penggantungan permit penerbitan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri adalah sehingga tarikh yang akan ditetapkan kelak, tetapi mungkin tidak akan ada lagi Sarawak Tribune selepas ini,'' katanya pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat Sarawak Tribune, Jalan Abell, di sini, malam ini.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan, Pengarah Eksekutif Sarawak Tribune, Polit Hamzah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri hari ini memutuskan permit penerbitan yang dikeluarkan kepada The Sarawak Press Sdn. Bhd. digantung serta-merta sehingga suatu masa yang akan ditetapkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Keselamatan Dalam Negeri lewat petang ini, Abdullah menyatakan, tindakan itu dilakukan menurut kuasa yang diberikan kepada beliau di bawah subseksyen 6(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta 301.

Menurut Idris, lembaga pengarah memahami perasaan Perdana Menteri dan umat Islam yang lain terhadap penyiaran karikatur tersebut.

Bagaimanapun, katanya, siasatan terhadap pihak bertanggungjawab menyiarkan semula karikatur itu diserahkan kepada pihak berkuasa.

Mengenai nasib kakitangan yang terlibat, Idris berkata, syarikat akan menguruskan mereka secara profesional dan berusaha meminimumkan kesan terhadap mereka.

Berhubung kedudukan Ketua Pengarang, Toman Mamora, beliau menjelaskan, ia akan diputuskan kemudian.

Sementara itu surat arahan penggantungan permit penerbitan akhbar berkenaan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri diserahkan oleh Penolong Pegawai Penerbitan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Yusniza Sapiee kepada polis pada pukul 8.30 malam ini.

Sarawak Tribune bukan sahaja akhbar berbahasa Inggeris tertua di Sarawak, malah di Malaysia.

Ia mula diterbitkan di Sibu sebagai The Sarawak Times pada penghujung Perang Dunia Kedua pada 1945. Namanya ditukar kepada Sarawak Tribune apabila berpindah ke Kuching.

Akhbar dengan terbitan mingguan The Sunday Tribune dimiliki dan diterbitkan The Sarawak Press Sdn. Bhd., yang juga menerbitkan akhbar berbahasa Malaysia, Utusan Sarawak.

Sarawak Tribune, yang dicetak di Kuching dan Bintulu, mempunyai edaran harian sebanyak 25,000 naskhah. Ia mempunyai kira-kira 300 pekerja dan mempunyai pejabat cawangan di Sibu, Miri dan Bintulu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.