VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 03/02/2006

Lambakan siswazah punca utama pengangguran

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Kadar pengangguran di negara ini meningkat kepada 3.8 peratus atau 397,600 orang pada suku akhir 2005 dengan lambakan siswazah merupakan penyumbang utama peningkatan itu.

Kadar pengangguran terkini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding 3.1 peratus atau 326,100 penganggur pada pertengahan tahun lalu atau pada suku kedua 2005.

Statistik Jabatan Perangkaan yang dikemas kini pada 31 Disember 2005 menunjukkan suku pertama tahun itu mencatatkan kadar pengangguran hanya 3.5 peratus atau melibatkan 363,500 penganggur.

Mengulas mengenai fenomena tersebut, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kadar pengangguran meningkat selepas ia mencatatkan penurunan pada suku kedua tahun lepas.

``Mereka (siswazah) memang mencari kerja, tetapi faktor persekitaran kerja kadangkala membuatkan mereka berfikir banyak kali,'' kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, selain memilih pekerjaan dan jawatan, peningkatan pengangguran juga berlaku disebabkan kurangnya jawatan kosong di peringkat tinggi berbanding jawatan di peringkat rendah yang sering memerlukan banyak tenaga kerja.

Ditanya mengenai keberkesanan Skim Latihan Graduan (SLG) yang diwujudkan untuk menyediakan para siswazah dengan kemahiran tertentu, beliau berkata, kewujudan SLG juga membantu mengurangkan kadar pengangguran.

Namun katanya, tidak semua kemahiran yang diperlukan majikan ditawarkan dalam SLG.

``Selain golongan siswazah, kadar pengangguran juga berlaku disebabkan banyak sebab lain yang melibatkan golongan pertengahan,''jelas beliau.

Syed Shahir berkata, faktor tersebut ialah pengecilan saiz tenaga kerja serta penggabungan antara syarikat yang sekali gus mengurangkan jumlah pekerja.

Menurutnya, keengganan sesetengah syarikat untuk beroperasi juga merupakan antara punca pengangguran, ditambah pula dengan mereka yang telah berhenti kerja dan kemudian mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Beliau turut mendedahkan mengenai kebanjiran pekerja asing yang semakin bertambah terutamanya dalam sektor perladangan, pembuatan dan perkilangan.

Kata beliau, antara faktor yang menyebabkan masyarakat tempatan kurang berminat ialah tawaran gaji yang rendah selain persekitaran kerja yang tidak sesuai.

``Daripada 10.5 juta jumlah tenaga buruh, 8 peratus daripada mereka ialah pekerja asing,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.