VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 03/02/2006

PDRM tambah anggota tingkat kecekapan

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jumlah pengambilan anggota baru bagi jawatan konstabel pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengurusannya, Datuk Kamaruddin Md. Ali berkata, penambahan anggota baru perlu diisi setiap masa bagi memastikan tahap pengurusan polis lebih cekap dan dapat menampung kekurangan di tempat baru seluruh Malaysia.

``Setakat ini kita mempunyai seramai 2,379 konstabel dan pada 16 Januari lalu, kita telah membuat pengambilan seramai 500 orang wanita.

``Kita juga akan tambah lagi pengambilan jawatan pegawai yang akan diiklankan pada bulan Mac tahun ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah dan terima tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan ) Bukit Aman antara Datuk Abang Abd. Wahap Abang Julai dan Asisten Komisioner Zubaidah Mat Ismail di Auditorium Bukit Aman di sini hari ini.

Abang Abd. Wahap, 54, sebelum ini merupakan Pesuruhjaya Polis Sarawak sementara Zubaidah adalah pemangku Timbalan Pengarah Pengurusan apabila Datuk Mohd Noor Hamat meninggal dunia pada 19 September tahun lepas.

Kamarudin berkata, anggota baru yang di ambil akan didedahkan dengan pembelajaran kepolisan dalam masa 6 bulan bagi meningkatkan sistem perkhidmatan.

Pihaknya juga akan mengadakan seminar berkaitan selama 3 hari dalam masa terdekat.

Tambahnya, program latihan asas kepolisan juga mula didedahkan pada tahun ini dan latihan yang dijalankan mengikut daerah di seluruh negeri di Malaysia.

Selain itu katanya,latihan yang diadakan ini dapat menyemai ciri-ciri hormat-menghormati sesama anggota polis.

Jelasnya, selain pertambahan anggota baru pihak polis juga telah membuat penambahan sebanyak 500 kereta peronda yang akan diedarkan ke seluruh negara.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.