VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 28/01/2006

Beringat harga boleh memerangkap pekebun getah tamak

Pekebun getah Melayu cepat ghairah. Harga getah baru beberapa hari naik, mereka sudah berangan-angan mahu membeli kereta baru.

Tidak salah membeli kenderaan empat roda itu bagi menggantikan `kuda besi'. Tetapi mereka juga perlu berfikiran terbuka, berapa lama harga getah itu akan sentiasa kekal seperti sekarang.

Beberapa tahun dulu pun, harga getah naik juga, tetapi kemudian ia merudum.

Cuba bayangkan jika bulan ini mereka tempah kereta baru, dan bulan berikutnya tiba-tiba harga getah jatuh menjunam. Tidakkah tindakan itu risiko namanya?

Pekebun getah yang kini kenyang dengan `durian runtuh' bukan tidak boleh membeli kereta Proton atau Perodua, tetapi perlu berfikir panjang terutama kemampuan kewangan untuk membayar ansuran pinjaman jangka panjang.

Satu lagi perangai orang Melayu bila tahu harga getah melambung, mereka mula lupa pesanan orang tua-tua bahawa orang tamak selalu rugi.

Memang inilah masa mereka membalas `dendam' untuk meraih pulangan RM100 hingga RM200 sehari. Biarlah tenaga diperah dua atau tiga syif hingga ke petang dengan alasan untuk mengambil semula `kehilangan' pendapatan disebabkan oleh harga yang begitu rendah dahulu.

Tetapi mereka tidak kasihan langsung objek yang menjadi sumber pendapatan mereka selama ini. Memang pokok getah boleh ditoreh mengikut kehendak hati kita. Tiga empat kali ditoreh pun boleh. Susunya tetap keluar juga. Tidak nampak cacat pun pada pokok getah.

Namun tidak bimbangkah pekebun getah tentang jangka hayat pokok itu. Oleh sebab ghairah untuk mengaut pendapatan ketika harganya sedang melambung sekarang, mereka lupa sumbangan pokok itu yang dapat mengeluarkan hasilnya mungkin sehingga lebih 10 tahun. Tetapi jangan harap demikian jika pokok rosak.

Pokok getah pun seperti enjin kenderaan jika selalu digunakan atau dipandu dengan lasak dan tidak cermat, jangka hayatnya pun mungkin singkat.

Pekebun getah sebenarnya sudah berpengalaman dalam trend turun naik harga komoditi itu. Harga getah ditentukan oleh pasaran dunia.

Tetapi mereka juga boleh mainkan peranan dalam menentukan harga itu.

Sekarang pekebun getah baik sektor pekebun kecil, Felda atau ladang swasta, sedang mengambil kesempatan sebaik-baiknya dengan kenaikan harga itu. Pendapatan mereka kini cukup lumayan berbanding masa-masa perit dahulu.

Pekebun yang dahulu bersikap malas sudah berubah dan mendapat motivasi baru dengan perkembangan ini. Lagi banyak pokok getah dapat ditoreh, maka bertambah hasil pendapatan mereka.

Jika mengikut sifir, begitulah perkiraannya. Namun kita jangan biarkan pekebun getah lupa tentang teori permintaan dan penawaran dalam ilmu ekonomi.

Sekarang kenaikan harga komoditi ini berlaku ekoran permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa, khususnya China yang amat pesat membangun. Ia juga naik kesan daripada pengeluaran yang rendah di negara-negara pengeluar terbesar, terutamanya Thailand. Satu lagi faktor kenaikan ialah ekoran harga getah sintatik yang tinggi berikutan kenaikan bahan asasnya, petroleum.

Apabila pekebun ghairah menoreh untuk mendapatkan hasil, kita bimbang pengeluaran yang bertambah akan menyebabkan penawaran yang meningkat dan berlebihan di pasaran dunia.

Bila penawaran meningkat maka dengan sendirinya persaingan antara pengeluar akan menyebabkan harga getah kembali menurun.

Jadi beringat-ingatlah pekebun dengan turun naik komoditi ini. Mereka perlu diperingatkan bagaimana hendak mengurus masa `mewah' dalam industri getah ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.