VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 28/01/2006

Ikrar Rukun Negara lepas lagu Negaraku


SEBAHAGIAN daripada rakyat Malaysia berbilang kaum melafazkan ikrar Rukun Negara sempena pelancaran Kempen Penghayatan Rukun Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya semalam. - Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED.


PUTRAJAYA 27 Jan. Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengemukakan cadangan supaya lafaz ikrar Rukun Negara diadakan selepas nyanyian lagu Negaraku dalam semua majlis rasmi kerajaan dan swasta.

Menurut beliau, ia bagi membolehkan rakyat lebih memahami dan menghayati setiap prinsip Rukun Negara selain lagu Negaraku dalam mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum.

Kita tidak akan memaksa Rukun Negara dilafazkan dalam setiap majlis rasmi kerajaan atau swasta. Cuma kita harap selepas menyanyikan lagu Negaraku, mereka boleh meneruskan dengan membaca ikrar tersebut, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Menghayati Rukun Negara bertemakan Rukun Negara, Amalan Hidup Rakyat Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mengulas mengenai objektif kempen tersebut, Abdul Kadir berkata, ia dilaksana berikutan timbulnya kepincangan masyarakat di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat toleransi antara kaum.

Katanya, segelintir rakyat negara ini seolah-olah mengetepikan perasaan kaum lain dengan mengeluarkan katakata berbau perkauman membabitkan pelbagai kepentingan dan isu.

Ada segelintir daripada kita mula cuai dari segi sikap seperti mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung orang lain.

Jika ini tidak dihentikan ia boleh merebak.

Melalui penghayatan Rukun Negara, rakyat dapat diingatkan ada perkara yang boleh disentuh dan yang tidak seharusnya diperkatakan. Misalnya isu berkaitan agama, kaum dan kepentingan kelompok. Dalam hal ini Rukun Negara dapat menjadi landasan, tambah beliau.

Sementara itu, beliau berkata, kempen tersebut akan berlangsung dalam tempoh lima tahun sehingga 2010 secara berterusan menerusi pelbagai pendekatan supaya rakyat negara ini benar-benar memahami setiap prinsip Rukun Negara.

Katanya, antara program atau penghayatan yang akan dilaksanakan ialah pameran, ceramah, kuiz, pertandingan penulisan esei, aktiviti sivik dan bengkel kesedaran.

Kita akan pastikan kempen ini menjadi program berterusan dalam tempoh tersebut supaya rakyat tahu dan memahami apa kehendak serta falsafah setiap prinsip Rukun Negara, ujar beliau.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.