|
ARKIB : 15/01/2006 Antioksida dan bakteria baikSiri 2 Langkah ini penting untuk membolehkan penyerapan nutrien yang maksimum dan mengekalkan kesihatan tubuh. Pengambilan probiotik Keseimbangan mikroflora dalam usus penting untuk mengekalkan kesihatan gastrousus. Mikroflora yang seimbang mengurangkan keradangan dan menguatkan dinding usus. Kajian klinikal menunjukkan bakteria baik seperti probiotik boleh melindungi usus daripada bakteria dan virus berbahaya. Lactobacillus acidophilus NCFM merupakan strain bakteria baik yang telah diuji secara intensif. Kajian saintifik menunjukkan L. acidophilus NCFM menggalakkan penghadaman yang baik, meningkatkan sistem keimunan dan menghapuskan elemen berbahaya daripada tubuh. Dengan itu, pengambilan harian probiotik yang mengandungi L. acidophilus NCFM dapat mengekalkan tubuh yang sihat. Bakteria bermanfaat menyingkirkan toksik daripada usus supaya tidak terserap dalam saluran darah. Ia berupaya menghalang atau mengawal pertumbuhan patogen usus seperti salmonella, staphylococcus dan Candida albicans (sejenis yis). Pertumbuhan patogen usus menyebabkan alergi, kembung perut, cirit-birit dan gastritis. Meningkatkan tahap antioksida Radikal bebas menyebabkan mutasi dan memusnahkan sel-sel yang sihat. Antioksida seperti beta karotena, vitamin C, E dan mineral seperti zink dan selenium membantu meneutralkan radikal bebas. Nutrien antioksida dalam tubuh akan berkurangan sekiranya pengambilan nutrien daripada pemakanan tidak mencukupi. Dengan itu, adalah penting untuk menambahkan nutrien antioksida dalam pemakanan harian anda. Pengambilan nutrien antioksida seperti selenium yang optimum boleh meningkatkan paras glutation dalam hati. Glutation memainkan peranan penting dalam penyingkiran bahan kimia berbahaya serta meningkatkan keupayaan hati untuk membuang toksik. Vitamin C terlibat dalam pembentukan kolagen, penyembuhan luka, pengeluaran tenaga dan perlawanan tubuh terhadap demam dan selesema (virus). Vitamin E memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan masalah gangguan degeneratif (kemerosotan anggota tubuh yang berterusan seiring peningkatan usia). Ia juga mencegah dan memecahkan gumpalan darah dalam badan dan seterusnya meningkatkan bekalan oksigen dalam darah. Beta karotena akan ditukar kepada vitamin A apabila tubuh memerlukan vitamin A. Satu molekul beta karotena akan dipecah untuk membentuk dua molekul vitamin A. Kedua-dua beta-karotena dan vitamin A bertindak sebagai antioksida yang berpotensi mengurangkan endogen radikal bebas dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan kerosakan oksidatif. Pemakanan dan gaya hidup tidak harus diabaikan dalam pembentukan badan yang sihat. Pemakanan anda seharusnya bebas daripada asid lemak trans atau lemak terhidrogen, gula ringkas, alkohol dan tembakau. Tingkatkan pengambilan makanan segar yang rendah kandungan gula seperti sayur-sayuran, soya, telur organik dan biji-bijian. Pengambilan ikan laut dalam seperti mackerel, ikan salmon dan tuna adalah digalakkan, seboleh-bolehnya dua kali seminggu. Resipi ringkas untuk dicuba Mocktail antiradikal bebas 2 biji tomato - diambil jus 2 biji oren - diambil jus 1 batang lobak merah 1 gelas air (250ml) 2 biji kecil limau kesturi - diambil jus 1/2 biji betik 2 sudu kecil madu Pada minggu hadapan, kami akan bawakan siri terakhir Pelan Tahun Baru 2006 - Pelangsingan. Untuk memperoleh buku Pelan Tahun Baru 2006 Melalui Penyingkiran, Pengimbangan dan Pelangsingan secara percuma, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan Bio-Life di talian 03-77287407 (Isnin hingga Jumaat; 9 pagi - 6 petang). Cepat bertindak, bilangan buku adalah terhad. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|