VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 28/12/2005

KSN berusaha bangunkan sukan lasak

KUALA LUMPUR - Kompleks Sukan Negara (KSN) akan membuat penjenamaan semula dengan langkah pertama membangunkan Taman Keluarga menjadi Pusat Sukan Lasak mulai Januari depan.

Pengerusi Perbadanan Stadium Merdeka (PSM), Datuk Ismail Sabri berkata, cadangan itu berdasarkan kecenderungan remaja pada masa kini yang meminati aktiviti sukan lasak di samping mempelbagaikan kegunaan kawasan terbabit.

``Kita telah buat kajian terperinci untuk mengadakan pusat sukan lasak ini. Dalam mesyuarat Lembaga KSN tadi bersetuju untuk membina litar bagi kegunaan sukan permotoran.

``Setakat ini kita sudah mempunyai gelanggang paintball dan dalam cadangan terbaru, kita merancang untuk membina gelanggang meluncur untuk permainan skateboard,'' katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Galeri Sukan KSN.

Beliau berkata pusat sukan lasak seluas 12 hektar itu dijangka akan menjadi tumpuan belia yang meminati aktiviti sukan lasak selepas siap sepenuhnya pertengahan tahun depan.

Sementara itu, Ismail berkata pembinaan galeri sukan KSN yang menelan belanja RM198,000 bertujuan memperingati detik kegemilangan Sukan Komanwel 98 di Kuala Lumpur.

``Perbelanjaan akan meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada pembaharuan dan penukaran yang akan kita lakukan setiap jangka masa tertentu. Kita akan simpan bahan sejarah sukan untuk rujukan terutama golongan muda.

``Dengan adanya galeri ini kita harapkan, selain pengunjung meninjau kawasan stadium, pengunjung juga boleh melawat galeri dan menambah pengetahuan mereka,'' katanya.

Ismail berkata selain melawat galeri, pelawat juga akan berpeluang menonton tayangan video berkaitan pencapaian serta sejarah pembinaan KSN pada 1998.

Galeri sukan ini direka berdasarkan tujuh segmen utama yang melibatkan sejarah pembinaan dan perasmian KSN, organisasi PSM, acara-acara yang berlangsung di KSN, acara dalaman anjuran PSM, kemudahan dan venue KSN, Gemilang Sukan Komanwel 98 dan atlet kebangsaan.

``Kita masih dalam cadangan untuk membina replika piala-piala berprestij seperti Piala Malaysia, Piala Merdeka dan Piala Thomas untuk dipamerkan kepada pengunjung melihat lebih dekat,'' katanya.

Selain memberi peluang kepada pengunjung memperingati sejarah sukan tanahair, galeri ini juga bertujuan memperomosikan KSN, mempastikan KSN mempunyai produk untuk dijadikan faktor penarik serta mengoptimumkan ruang yang ada.

Galeri itu akan beroperasi setiap hari pada waktu bekerja dan dibuka secara percuma kepada semua pengunjung. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.