Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
MUKA HADAPAN

ARKIB : 16/12/2005
Hukuman penjara ahli Black Metal

Hukuman penjara ahli Black Metal

SEPANG 15 Dis. - Hukuman berat termasuk denda dan penjara menanti pengikut-pengikut fahaman Black Metal apabila Enakmen Jenayah Syariah mula diseragamkan di seluruh negara selewat-lewatnya awal tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, pada masa ini bentuk hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah termasuk pengikut fahaman itu berbeza di setiap negeri kerana kuasa perundangan syariah di bawah enakmen tersebut berada di bawah bidang kuasa negeri.

Katanya, apabila enakmen itu diseragamkan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam, pengikut fahaman itu yang enggan kembali ke pangkal jalan walaupun diberi kaunseling dan pendedahan agama di pusat pemulihan, akan didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

``Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengkategorikan Black Metal sebagai kumpulan ajaran sesat dan memberi amaran tindakan tegas di bawah Enakmen Jenayah Syariah akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menjadi pengikutnya.

``Kita ada enakmen jenayah syariah yang cukup untuk mendakwa dan menghukum mereka sekiranya mereka enggan kembali kepada ajaran Islam sebenar walaupun diberi kesedaran dan kaunseling,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran 12 buku terbitan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap gejala Black Metal yang semakin merebak di kalangan remaja Islam.

Berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 500 kumpulan Black Metal di seluruh negara dan jumlah tersebut amat membimbangkan kerana sebilangan besar pengikutnya terdiri daripada belia Islam dan berketurunan Melayu.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN