VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 30/10/2005

Ahli UMNO semak status melalui SMS

KANGAR 29 Okt. - Semua ahli UMNO yang kini berjumlah 3.3 juta orang boleh menyemak status keahlian masing-masing termasuk membuat pembayaran yuran keahlian melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ia diperkenalkan mulai tahun depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, sistem tersebut sangat diperlukan pada masa kini yang membolehkan ahlinya membuat semakan secara tepat dan cepat tanpa perlu membuat rujukan di notis-notis atau papan tanda yang dilihat sudah ketinggalan zaman.

Menurutnya, selain semakan keahlian dan pembayaran yuran, semua ahli juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai aktiviti UMNO dan senarai nama ketua-ketua bahagian melalui SMS.

``Perkhidmatan SMS terbabit masih di peringkat ujian. Jika ujian itu berjaya, ia akan dilaksanakan tahun depan bagi membuktikan UMNO sebagai parti yang maju ke hadapan daripada pelbagai aspek,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penubuhan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat peringkat Parlimen Kangar di sini hari ini.

Ia dilancarkan serentak di semua 219 kawasan Parlimen di seluruh negara manakala perasmian peringkat kebangsaan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, bagi memudahkan ahli menyemak status mereka melalui SMS, penggunaan nombor kad pengenalan akan digunakan sebagai `kata laluan'.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan bahawa tempoh akhir bagi ketua-ketua cawangan menjalankan kutipan yuran ahli di cawangan masing-masing adalah pada penghujung bulan ini.

Katanya, pada kali ini, nama-nama ahli yang telah membuat pembayaran serta ahli yang masih belum berbuat demikian akan dimasukkan ke dalam komputer dan kemudiannya disalin di dalam thumb-drive.

Kepada ahli-ahli yang terlupa membuat pembayaran selepas akhir bulan ini, katanya, mereka boleh membayar kepada ketua-ketua bahagian dan sekiranya tidak diterima, ahli berkenaan boleh pergi ke perhubungan negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.