Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
LUAR NEGARA

ARKIB : 28/10/2005
Sharon isytihar perang di Tebing Barat

Sharon isytihar perang di Tebing Barat

GAZA 27 Okt. - Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon meluluskan operasi ketenteraan secara besar-besaran di wilayah Tebing Barat, tindakan terbaru mengisytiharkan `perang' ke atas warga Palestin berikutan serangan berani mati di Hadera semalam.

Beberapa jam selepas Sharon meluluskan tindakan ketenteraan, tentera Israel memasuki bandar Jenin di Tebing Barat menyebabkan tercetusnya pertempuran.

Lima rakyat Israel terkorban manakala 30 lagi cedera dalam serangan berani mati di sebuah pasar dipenuhi orang ramai semalam.

Sumber-sumber keselamatan berkata, Sharon dan Menteri Pertahanan, Shaul Mofaz memutuskan untuk menjalankan operasi bagi menyerang pejuang kumpulan Islamic Jihad di utara Tebing Barat yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Israel juga akan melakukan serangan ke atas kumpulan itu di Genting Gaza.

Tiada sebarang jadual dinyatakan bagi serangan di Tebing Barat.

Islamic Jihad menyatakan serangan berani mati itu adalah sebagai menuntut bela tindakan pihak Israel membunuh seorang komander tertinggi kumpulan terbabit, Loai Assadi di Tebing Barat, Isnin lepas.

Mofaz ketika bercakap kepada wartawan menyatakan kerajaan Israel akan melakukan apa sahaja bagi melancarkan serangan ke atas infrastruktur milik pihak yang melakukan keganasan itu.

Sementara itu, pesawat-pesawat Israel melancarkan tiga serangan di Genting Gaza, awal hari ini bagi menghalang kumpulan pejuang melepaskan tembakan roket ke arah wilayah Yahudi.

Serangan udara tersebut masuk hari ketiga dalam siri keganasan paling dahsyat pernah berlaku sejak pengunduran Israel dari Gaza. - Agensi

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN