VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 05/10/2005

Elly, Danial rancang kahwin tahun depan

AHAD lalu program realiti televisyen (TV) Mencari Cinta melabuhkan tirainya menerusi episod ke-13 di mana Elly akhirnya memilih Danial sebagai jejaka pilihan hatinya.

Selepas episod itu berakhir, ramai penonton tentunya tertanya-tanya bagaimana dengan kesudahan hubungan pasangan tersebut.

Elly dan Danial sewaktu ditemui baru-baru ini memberitahu, mereka akan bertunang terlebih dulu sebelum bergelar suami-isteri.

Menurut Danial atau Danial Iskandar Abdul Rahman, 31, dia menyerahkan urusan itu kepada keluarga kedua-dua pihak untuk menguruskannya.

``Kami merancang bertunang selepas bulan puasa ini. Kami mungkin akan bertunang dalam tempoh masa antara enam bulan hingga setahun sebelum berkahwin.

``Ini juga satu lagi cabaran yang besar bagi kami selepas program Mencari Cinta berakhir. Kami kenalah bersabar.

``Maklumlah, semasa bertunang pelbagai dugaan boleh datang. Bagi saya, itu semua adalah dugaan Tuhan,'' kata Danial.

Sewaktu program Mencari Cinta masih disiarkan di TV3, Elly pernah menerima dugaan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambarnya di internet.

Kata Elly atau Norsalwa Zakaria, 29, gambarnya yang dikatakan seksi itu disebarkan dengan tujuan memburuk-burukkan nama baiknya.

``Gambar itu diambil pada 2003 sewaktu saya berada di Litar Formula Satu di Sepang kerana menonton satu perlumbaan kereta.

``Selepas gambar itu tersebar di internet ada orang kata saya bekerja sebagai gadis litar, tetapi semua itu tidak betul,'' ujar Elly.

Pasangan ini berharap agar impian mereka untuk bergelar suami pada tahun depan akan dimakbulkan Tuhan.

Ini kerana, Elly dan Danial bersungguh-sungguh mahu bergelar suami isteri selepas masing-masing pernah gagal dalam percintaan.

Jelas Danial, dia pernah bercinta sewaktu menuntut di sebuah universiti di United Kingdom pada 1997.

``Ketika itu, saya bercinta dengan seorang gadis Cina selama setahun lebih.

``Bagaimanapun hubungan kami putus apabila bekas teman wanita saya itu kembali ke pangkuan kekasih lamanya,'' katanya.

Sementara Elly yang pernah bercinta lima tahun lalu tidak dapat melupakan pengalaman pahit apabila hubungan cintanya putus di tengah jalan.

``Saya pernah bercinta pada 1994 dengan seorang jejaka. Tetapi selepas enam tahun, hubungan kami putus di tengah jalan. Sejak 2000 saya tidak pernah bercinta,'' ujarnya.

Ketika ditanya tentang Danial dan Dzulfakar Paiman (Dzul) yang menjadi finalis Mencari Cinta, kata Elly;

``Saya senang bergaul dengan Dzul dan hanya menganggapnya sebagai seorang kawan tetapi soal perasaan tidak timbul.

``Saya kurang `bergaduh' dengan Dzul tetapi saya melalui pelbagai onak dan duri sepanjang berkenalan dengan Danial.

``Saya dapati Danial seorang yang bersikap terbuka, sabar, jujur dan menghormati orang tua.

``Saya mudah berbincang dengan Danial. Dia tidak simpan dendam jika ada berlaku selisih faham.

``Selain itu, saya pilih Danial bukan kerana kariernya (sebagai penasihat undang-undang) tetapi kerana hati budinya,'' kata Elly.

Sepanjang Mencari Cinta berlangsung, Danial berdepan dengan pelbagai tanggapan masyarakat yang memperkatakan tentang dirinya dan Elly.

``Baru-baru ini misalnya, saya menghadiri satu majlis yang dihadiri oleh kira-kira 3,700 orang.

``Ramai yang bertanyakan tentang saya dan Elly. Saya jawab setiap soalan mereka dengan cara yang baik,'' cerita Danial.

Elly turut merasakan bahangnya apabila program Mencari Cinta turut diperkatakan hingga ke Parlimen.

``Itu tandanya orang prihatin dengan program ini. Cuma ramai yang mempertikaikan program ini tanpa mengikuti atau memahami konsepnya.

``Orang kata program ini meniru Barat sedangkan kami masih menitikberatkan soal budaya Timur,'' kata Elly lagi.

Jika ditakdirkan perhubungan Elly dan Danial berakhir di jinjang pelamin, pasangan ini boleh dikira bertuah.

Ini kerana, A Famosa Resort Malaysia sudahpun bersetuju untuk menaja konsep perkahwinan dalam taman dan set cincin dan rantai berlian bernilai RM150,000 sumbangan Habib Jewels jika pasangan ini bertemu jodoh.

Apabila ditanya tentang percutian bulan madunya selepas diijabkabulkan kelak, Elly memilih untuk bercuti di Pulau Mauritius.

Sementara Danial pula mengimpikan untuk mengembara ke luar negara bersama Elly, antaranya ke benua Eropah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.