VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PERSIDANGAN

ARKIB : 24/09/2005

672 gadis jadi mangsa rogol tujuh bulan pertama 2005

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seramai 672 gadis bawah umur dilaporkan menjadi mangsa rogol sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Operasi Bukit Aman, Asisten Komisioner Abdul Halim Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 491 gadis berusia di bawah 15 tahun manakala selebihnya 16 hingga 17 tahun.

``Bagi kes melibatkan mereka berusia lebih 18 tahun pula, seramai 358 orang dikesan menjadi mangsa rogol.

``Jumlah keseluruhan gadis menjadi mangsa rogol antara Januari hingga Julai tahun ini ialah 1,030 orang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Kebangsaan Pencegahan Jenayah 2005 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini hari ini.

Menurut Abdul Halim, jumlah kes rogol dilaporkan tersebut berkurangan sebanyak 17 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

``Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu, gadis yang menjadi mangsa rogol seramai 1,047 orang.

``Bagaimanapun, dari segi pecahan statistik tahun lalu, gadis berusia bawah 15 tahun merupakan paling ramai menjadi mangsa iaitu 501 orang.

``Bagi gadis berusia 16 hingga 17 tahun pula, seramai 184 orang dikesan menjadi mangsa rogol tahun lalu,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, siasatan polis menunjukkan kebanyakan pelaku kes rogol melibatkan mereka yang mempunyai pertalian rapat dengan mangsa.

``Berpandukan statistik kes rogol dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, seramai 274 orang pelaku dikesan merupakan rakan kepada mangsa.

``Sementara seramai 251 orang suspek pula merupakan teman lelaki mangsa dan diikuti 196 orang yang tidak dikenali mangsa.

``Bagaimanapun, jumlah pelaku kes rogol selebihnya melibatkan orang yang dikenali mangsa seperti jiran, bapa, bapa saudara, bapa tiri, sepupu, abang ipar, majikan, abang dan lain-lain,'' jelasnya.

Sementara itu, Ahli Kriminologi dan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Dr. P. Sundramoorthy dalam kertas kerjanya memberitahu, kebanyakan kes-kes rogol di negara ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

``Banyak mangsa rogol tidak melaporkan kes kepada polis kerana beberapa masalah.

``Antara alasan diberi ialah takut kepada pelaku, aib dan stigma kerana percaya masyarakat akan memandang hina serta bimbang tidak ada orang akan percaya kejadian menimpanya.

``Selain itu, ada juga mangsa rogol berasa bimbang terhadap perjalanan proses undang-undang seperti dikehendaki tampil di mahkamah sebagai saksi, menjalani pemeriksaan di hospital dan takut dipandang serong oleh masyarakat,'' ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.