VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 21/09/2005

Kor Polis Tentera Diraja - Unggul dan disegani

SETELAH tamat Perang Dunia Kedua dan pendaratan semula Tentera British di Malaya, Kor Polis Tentera (India) memainkan peranan penting dalam memulihkan keamanan negara.

Pada 4 Disember 1950, sebanyak sembilan anggota Rejimen Askar Melayu dilantik untuk mengambil-alih tugas-tugas provos dalam tentera.

Setelah tamat latihan, mereka ditempatkan di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Setelah Seksyen Polis Tentera

Askar Melayu berjaya melaksanakan tugas mereka, penambahan anggota dibuat.

Pada 12 November 1953, pasukan Polis Tentera Askar Melayu ditukarkan kepada Polis Tentera Diraja (RMP) dan dipindahkan dari Port Dickson ke Taiping, Perak.

Pada tarikh yang sama, markas Kompeni Polis Tentera pertama ditubuhkan.

Ketua Kompeni pertama dilantik untuk memerintah Polis Tentera ialah Kapten Dillon White.

Oleh itu tarikh 12 November 1953 dijadikan sebagai Hari Ulang Tahun Polis Tentera.

Semasa Malaya membuat persiapan untuk menyambut kemerdekaan, Polis Tentera diperlukan untuk membantu pihak berkuasa awam.

Kompeni Polis Tentera dipindahkan dari Taiping ke Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada 29 Mac 1957.

Pada tarikh tersebut juga nama Polis Tentera ditukar kepada Polis Tentera Persekutuan.

Pada 17 Julai 1957, kompeni ini sekali lagi dipindahkan ke Kem Imphal, Kuala Lumpur.

Sempena pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Polis Tentera Persekutuan ditukarkan kepada Polis Tentera Malaysia (PTM).

Kesan daripada sumbangan yang diberikan oleh polis tentera dalam menguatkuasakan disiplin, tatatertib dan pengawalan jenayah serta pembesaran Angkatan Tentera

Malaysia (ATM), maka pasukan polis tentera diperbesarkan secara berperingkat.

Pada 1 Januari 1981, polis tentera diperbesarkan kepada empat rejimen bersesuaian dengan formasi divisyen yang diwujudkan.

Atas segala sumbangan yang telah diberikan terhadap negara dan ATM maka pada 7 Jun 1997, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman berkenan menganugerahkan gelaran Diraja kepada Kor Polis Tentera (KPTD).

Peranan KPTD semasa aman ialah membantu Tentera Darat dalam proses berlatih untuk berperang dengan melaksanakan bantuan tugas polis tentera, mengekalkan moral serta disiplin tinggi di kalangan anggota tentera.

Peranan ini dilaksanakan dengan cara menguatkuasakan undang-undang dan disiplin, mencegah jenayah, mengesan jenayah serta menangkap penjenayah dan memberi bantuan kepada semua anggota tentera sama ada yang bertugas ataupun tidak sekiranya diperlukan.

Dalam masa peperangan pula, KPTD menyediakan bantuan taktikal polis tentera kepada Tentera Darat dalam semua fasa operasi, menguatkuasakan undang-undang serta mencegah jenayah dan memberi bantuan dalam mengawal pelarian dan keciciran perang.

Bantuan kombat polis tentera akan membantu pemerintah untuk menumpukan kekuatan di tempat serta masa kritikal, mengawal dan mengarahkan pertempuran agar kesan maksimum dapat diperolehi daripada kedua-dua kuasa tembakan dan pergerakan serta memaksimumkan sistem persenjataan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.