VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 20/09/2005

Faizal Hussein - Menangis kerana Fazrin

``SETELAH dapat anak barulah saya rasa hidup ini sempurna.Kehadiran Fazrin benar-benar membuatkan saya rasa hidup ini begitu bermakna, kalau dulu saya rasa hidup ini terlalu kosong tetapi kelahiran Fazrin memberi kebahagiaan kepada saya dan isteri saya, Suhaila,'' kata Faizal Hussein, 38, ketika ditemui di kondonya di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Faizal dan Suhaila Sulaiman, 29, mendirikan rumahtangga pada 3 Julai tahun lalu dan dikurniakan anak pada 5 Jun lalu.

``Apabila Fazrin lahir, saya menitiskan air mata kerana penantian saya sekian lama untuk bergelar ayah akhirnya tercapai jua.

``Bukan itu sahaja, malah ia membuatkan saya semakin tabah dan akan berusaha untuk memperkukuhkan ekonomi demi masa depan kami sekeluarga terutama untuk pendidikan hingga ke peringkat tinggi Fazrin bila dia dewasa nanti,'' cerita Faizal sambil memandang dengan penuh kasih sayang anaknya.

Menurut Faizal, bukanlah sebelum ini dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga tetapi kehadiran Fazrin membuatkan dia merasakan satu perbezaan yang amat nyata.

``Entah kenapa bila Fazrin lahir sahaja saya mula memikirkan macam-macam tentang masa depan dia. Saya juga bercadang untuk mengambil insuran pelajaran untuk Fazrin. Maklumlah kerjaya sebagai pelakon tidak ada jaminan di masa depan. Memanglah selama ini saya sentiasa menyimpan tetapi siapa tahu di masa depan.

``Jadi kerana tidak mahu apa-apa terjadi pada Fazrin, saya kini merancang yang terbaik untuk Fazrin. Kalau boleh saya mahu dia belajar hingga ke menara gading dan setelah ada segulung ijazah terserah padanya untuk meneruskan kerjayanya.

``Walaupun saya mahu anak saya mempunyai ijazah tetapi saya tidak akan menghalangnya jika dia mahu menjadi pelakon. Tidak salah menjadi pelakon tetapi saya bangga jika dia menjadi pelakon yang berilmu,'' kata Faizal mengenai rancangan masa depan terhadap anaknya.

Begitulah Faizal, setelah tiga bulan menjadi ayah. Jika dulu Faizal dikenali sebagai artis yang happy-go lucky tetapi setelah berumah tangga dan kini mempunyai anak, Faizal sudah berubah.

Faizal dibayar gaji bulan?

Bagi Faizal kini, apa juga yang akan dilakukan harus mengambil kira tentang keluarga - terutama anak dan isterinya.

Sebab itu, bila ditawarkan berlakon Sembilu Kasih terbitan Skop Production Sdn. Bhd., Faizal cuba mendapatkan sesuatu yang boleh menjamin masa depannya dan keluarga.

``Saya bukanlah jenis pelakon yang demand. Tetapi setelah sekian lama bersama Skop dalam Sembilu yang tamat siarannya di RTM, kini syarikat itu mahu buat sambungannya dan akan ditayangkan di TV3. Jadi ini satu pembaharuan dan setelah memikirkan buruk baiknya bagi kedua-dua belah pihak saya meminta dibayar gaji bulan.

``Bukanlah banyak sangat pun saya minta tapi saya rasa berpatutan dengan apa yang saya beri dan ia tidak merugikan sesiapa sebaliknya memberi kebaikan kepada saya dan juga penerbit,'' kata Faizal.

Menurut Faizal, sebagai pelakon yang bergantung hidup dengan berlakon dia harus memikirkan sesuatu sebagai jaminan dalam kehidupannya.

``Saya rasa sudah sampai masanya pelakon di Malaysia yang memegang watak utama atau pembantu dan berlakon dalam jangka waktu yang panjang dengan sesebuah penerbitan dibayar gaji bulan.

``Saya pasti ia tidak merugikan tetapi sedikit sebanyak dapat membantu pelakon dalam memberikan yang terbaik kepada lakonan mereka. Tetapi itu tidak bermakna jika tidak dibayar gaji bulan lakonan mereka tidak bagus, ini cuma pendapat saya,'' kata Faizal terus-terang.

Itulah Faizal, anak kepada pelakon veteran Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail yang suka berterus-terang bila bercakap tentang karier dan rancangan masa depannya.

Ada juga yang mengurat - Suhaila

Pepatah Melayu ada mengatakan, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Begitulah

dengan kehidupan artis berkahwin artis.

Bagi Suhaila Sulaiman, apabila dia mengambil keputusan menerima lamaran Faizal dan melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 Julai 2004, dia sudah bersedia menghadapi apa jua.

``Hidup sebagai pasangan artis perlu tabah dan berani menghadapi apa juga cabaran. Sebagai suami isteri yang penting sikap percaya mempercayai mesti ada kalau tidak susahlah.

``Sebab itu, saya tidak kisah bila Faizal pergi shooting. Saya yakin dia jujur kerana dia bukanlah jenis suami yang suka berfoya-foya di luar rumah atau lokasi.

``Cuma kadang-kadang ada juga pelakon yang cuba mengurat dia di lokasi tapi saya beruntung kerana dia seorang suami yang jujur.

``Selalunya dia akan bercerita dengan saya bila balik dari lokasi dan untuk menjernihkan keadaan Faizal akan bawa saya ke lokasi untuk berbual-bual dengan pelakon yang cuba menguratnya. Dengan ini secara tidak langsung, pelakon itu sedar dan menimbulkan suasana kerja yang ceria,'' cerita Suhaila sambil memandang mesra suaminya.

Bila ditanya mengenai bidang lakonan, Suhaila yang cuma pernah berlakon bersama Faizal dalam dra-ma Sayang Puteri, selepas kahwin berkata;

``Buat masa ini, saya belum bercadang ke lokasi semula. Tengoklah jika umur Fazrin sudah mencecah enam bulan saya akan fikirkan tawaran yang diterima. Saya kesian nak tinggalkan Fazrin dengan neneknya kerana dia menyusu badan.

``Jadi biarlah sehingga umurnya enam bulan baru saya memikirkan untuk menerima tawaran berlakon,'' kata Suhaila lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.