VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 12/08/2005

2 tempat darurat -- IPU di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang melepasi 500


IMEJ satelit yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika (NOAA) semalam menunjukkan tompok-tompok panas di Sumatera ekoran pembakaran hutan yang tidak terkawal sehingga mendatangkan jerebu di Semenanjung Malaysia. - Gambar Reuters.



KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang berkuat kuasa serta-merta.

Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 11 pagi ini mendapati Kuala Selangor mencatatkan paras berbahaya iaitu 531 manakala Pelabuhan Klang 529.

``Saya mengisytiharkan keadaan Darurat Jerebu bagi seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mulai dari sekarang hingga ke suatu masa pengisytiharan ini ditarik balik,'' kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Ini merupakan perisytiharan darurat membabitkan bencana alam sekitar kali kedua pernah dibuat kerajaan selepas Sarawak pada 19 September 1997. IPU yang dicatatkan di Sarawak pada masa itu ialah 650.

Sementara itu, malam ini, Abdullah memberitahu wartawan di CYBERJAYA, beliau telah mengarahkan Bahagian Keselamatan Negara (BKN) bersama-sama Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya mengisytiharkan keadaan darurat jerebu secara automatik apabila IPU mencecah 500.

Perdana Menteri berkata ini perlu dilakukan tanpa menunggu kelulusan daripadanya terlebih dahulu.

Selain dua kawasan darurat itu, sehingga pukul 5 petang ini, Shah Alam mencatatkan IPU 430, Putrajaya (354), Petaling Jaya (326), Kuala Lumpur (295) dan Gombak (305).

Dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertajuk `Pengisytiharan Darurat Jerebu', Abdullah yang juga Pengarah Gerakan Negara menjelaskan:

``Pengisytiharan Darurat Jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan juga tidak ada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan Selangor sekarang ini.

``Walau bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia hendaklah mengatur dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjamin keberterusan keamanan dan keselamatan.''

Serentak dengan pengisytiharan itu, sembilan langkah segera akan diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri antaranya ialah:

* Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.

* Menentukan semua sekolah ditutup.

* Menasihatkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.

* Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.

* Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran kepada pihak media cetak dan elektronik dibuat seberapa kerap; dan

* Penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka terus dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak melibatkan:

* Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya;

* Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat; dan,

* Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

Sementara itu, melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Indonesia bersetuju menerima bantuan Malaysia bagi memadamkan kebakaran hutan di Sumatera serta Kalimantan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.